Sunday, January 17, 2010

Gembiranya...

Wah! Hidup aku akhir2 ni ceria je..apa tidaknya,bertemu dengan kawan2 lama di facebook...dari yang sekolah sampai ke u..
Mula2 aku jumpa dengan EMMA KARDINA@ Along...setakat ni,xpernah lagi lost contact dgn along..sebab no tel dia aku ada...along xkawin lagi...sekarang dia dah keje kat KLCC..twin tower 2...besnyer..tapi along ni kelakar,dia xsuka keje kat situ,dia cuma suka masa terima gaji je..hehe..along..along...

Jumpa pulak dgn RUZAI SHARILILLY AIYU@ Achik...macam tu la kot eja nama dia...achik dah kawin.muka suami dia macam dia jugak..org kata jodoh pjg..tapi kalau x sama pun,adik tetap doakan achik bahagia sampai akhir hayat achik..achik baru dapat baby..seronoknyer..aku tah bila agaknya...achik masih ayu n comel macam dulu...

Pas achik,jumpa pulak SYEEDA YONG@Angah..maintain macam dolu2 gak..sama macam along,xkawin lagi..bila la angah nak kawin agaknya ek??? ANgah,jangan lupa jemput kami semua tau..

ALONG,ANGAH n ACHIK sebenarnya dulu sama2 sebilik dgn aku..masa kat UIA..kami ber4 semua rapat dgn along..dia paling tua la katakan..hehe...achik dulu2 selalu busy,dia balik bilik utk tidur je..dia manja n lemah lembut,,dia suka bunga lily..mungkin sebab nama dia pun dah lily..perangai achik dulu2 suka pakai tudung dpn cermin tapi tanpa cermin mata..kata dia,kalau xpakai spec tgk cermin,tudung xnampak macam xbetul..kalau pakai cermin mata,nampak jelas pulak tudung tu kalau xbetul..bertambah lambat la nak gi kelas...

Angah suka belajar...rajin dia..tgh study,jgn la bercakap dgn dia,sebab dia tak akn dengar pun,,telinga dia disumbat dgn earphone...kalau nak gi kelas,angah akan selak tilam dia sikit untuk ambik 1 kad..kad ni angah pakai kat tudung,,,untuk memudahkan dia bentuk tudung dia..hehe..angah suka bercerita...angah ni dgn sapa2 pun dia masuk..

Along? Peminat fanatik Salman Khan..aku tak boleh lupa masa mula2 kenal dia dulu...sana sini ada gambar Salman Khan..memang gila la..siap berangan nak kawin dgn Salman Khan..Fesyen along masa tu pun ala2 hindustan..dgn gelangnya,inai kat tgn lagi..lepas tu,along suka yg berkaitan dgn cina..majalah hiburan cina pun dia beli,semata2 ada gambar artis yg dia minat,,vcd jgn cakaplah,berlambak2..bukan paham pun,tapi dah minat,xleh kata apa la..kaki tv along ni..asal gi bilik tv,dia mesti ada..dia macam achik gak,jarang ada kat bilik..apa taknya,balik kelas,bilik tv yg dia pegi..makan kat situ,wat keje kat situ,,,tidur je kat bilik...

LOVE YOU ALL!!!!!!

Saturday, January 2, 2010

Azam Baru??

Azam??? Huhu...selalunya aku tak pernah ada azam..tapi untuk tahun 2010 ni,aku dah menetapkan azam/sebenarnya lebih kepada sasaran yang aku nak capai pada tahun ni..
Aku bahagikan kepada 2 bahagian:

Sasaran untuk diri sendiri

1- Jaga kesihatan sebaik mungkin
2- Mendapatkan berat badan yang ideal
3- Menguasai Bahasa Inggeris dengan baik
4- Menjadi insan terbaik dalam keluarga dan masyarakat

Sasaran untuk kerjaya

1- Menjayakan program Bina Juara dan Literasi al-Quran
2- Mencipta sejarah dengan Kalam Jamaei

Untuk sasaran kerjaya aku,tak boleh banyak2 sebab takut tak tercapai..untuk diri sendiri tak pe sebab tak melibatkan orang lain...hehe


Hari ni gi sekolah sebab ada meeting and enrolment day,ok la...meeting je lama giler..ah...i feel tired...sakit pinggang n tulang belakang aku..huhu

RPS baru siap wat tadi,not print yet coz black ink dah habis...ish,tetiba boring pulak rasa...nak wat apa ek? kepala aku sakit sebenarnya,tu la pasal...len kali a sambung..