Friday, May 20, 2011

LU LANGSI,LU BUAT SENDIRI

"Mana yang lelaki ni? Pukul berapa dah ni? Ishhh....!!! Yang lain tu, angkat kanopi ni..!!!" Masih terngiang-ngiang lagi suaranya di gegendang telinga ku yang tidak ku tahu saiz sebenarnya....Mujur tidak pecah dek terkejut mendengar lontaran vokalnya yang begitu dinamik dan sangat sumbang disertakan dengan nada suara yang keras...Haha...

Ketika itu, waktu hujan,hanya aku,k.muni,sharifah,k.janah,k.pdah dan k.monica berada di situ..Masing2 berteduh di kanopi lain kerana kanopi sendiri tidak tahu nak letak di mana,lagipun orang yang ditugaskan menjadi ketua bahagian menghias kanopi belum sampai...Mungkin disebabkan hujan...Ramai lagi yang belum sampai,mungkin kerana masing-masing berfikir sesuatu yang sama;HARI HUJAN,MACAMANA NAK HIAS KANOPI...(walaupun hakikatnya sudah ditetapkan pukul 2petang.)

Tidak mengapalah,kerana MELAYU sememangnya begitu...jarang sekali mampu menepati masa dan janji...Alangkah indah jika mereka seorang Muslim yang hebat dan berdisiplin....Tahu apa itu masa, dan menghargainya sebaik yang mungkin..

Bukan menyalahkan mereka 100%,tetapi mereka tetap bersalah...Sedikit sebanyak, mereka membuang masa aku....haha...dan, kerana mereka jugalah, kami yang berada di situ dimarahi oleh seorang insan yang bergelar Guru Besar...

Tidak salah untuk menegur atau menyuruh, tetapi biarlah teguran itu secara berhikmah dan tidak menjatuhkan air muka kita sebagai GURU di hadapah Guru Besar dan guru-guru yang lain....Sudahlah dimarahi, diarah sedemikian rupa, makhluk Allah ini hanya tahu mengepit hand bag yang tidak ku tahu jenamanya,menunjuk itu ini bak tarian disko,disulami dengan bebelan-bebelan yang tidak ubah seperti seorang nenek nyanyuk yang tidak henti-henti bercakap.

Terus terang kukatakan, aku cukup tidak berkenan dengan cara beliau...Maaf cikgu....Berbalik kepada kawan-kawan ku yang datang lambat,apa boleh buat,masing-masing mungkin mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan...tetapi mereka tetap menjalankan kerja yang tip top...cuma......

Terdapat beberapa kelemahan dalam AJK HIASAN....ini kerana tiadanya perbincangan yang rapi sebelum memulakan kerja....tidak diberi penerangan...dan akhirnya, persiapan tidak begitu lancar....Ketua sahaja yang menghias, yang lain-lain hanya duduk-duduk seakan ada majlis Taaruf Universiti....termasuklah aku...Ini kerana yang terlibat terlalu ramai,tetapi yang bekerja hanya seorang...kami semua salah kerana hanya mengharapkan ketua,dan ketua juga salah kerana tidak membimbing bawahannya secara efektif...

Lebih elok jika dibahagi beberapa kumpulan untuk menyiapkan setiap sudut, agar masa persiapan dapat disingkatkan....Selain itu, tiada pantauan dari pihak atasan...

Lihat sahaja sekolah lain, kanopi mereka hanya dihias oleh 4-5 orang guru, datang lewat dari kami, tetapi menghidangkan sebuah kanopi yang dihias cantik dan kreatif...
Lu langsi,buat sendiri la...kahkahkah....Apa pun, Ketua kami sangat cekal orangnya walaupun ada sedikit kelemahan....Bos pula,dangan sikap stereotype yang suka mengarah...Ahli-ahli,masih memberikan kerjasama yang baik kepada Ketua...

Moralnya, WORK SMART!!!

Thursday, May 5, 2011

Dunia Penuh Dengan Masalah

Begitulah kehidupan kita di dunia ini, sentiasa dilanda masalah...ada yang besar, ada yang kecil...Yang penting adalah cara mengatasi segala masalah yang dihadapi...

Dari segi pelajaran, aku mempunyai masalah dalam berkomunikasi menggunakan medium English...hoho...jika banding menulis dengan bercakap, aku lebih suka menulis dalam bahasa inggeris daripada speaking...Ada satu barrier yang perlu aku tempuh...
Cara aku atasi masalah ini adalah dengan menambah vocabulary aku..Dulu aku nak join Kelas Bahasa Inggeris, tapi terlalu mahal, x jadi....

Bila bahasa lemah, vocab kurang, memang dia membataskan kerja2 yang nak dibuat...sebab perlu rujuk Kamus...Mujur ada BESTA..,TQ BESTA....hehe...mudah lah sikit nak cari perkataan...jimat masa...

Masalah di tempat kerja, setakat ini tidak ada, sebab semua kerja2 aku dah selesaikan di awal tahun...Cuma masa nak siapkan kerja2 sekolah, aku perlu banyak curi masa untuk seimbangkan kerja sekolah dengan pelajaran aku...Awal2 tahun, memang aku selalu sakit dan migrain...tapi bila kerja sek dah siap, u pun tgh cuti, inilah masa utk aku berehat.

Mungkin dah biasa dengan kerja2, bila tak de kerja, boring pulak rasa...Macam otak ni tak berfungsi pulak...hehe...Masa ni la aku boleh nak melingkor...tapi dalam melingkor2 tu, aku masih sempat siapkan kerja2 kedai aku...

Dalam kedai, sebenarnya banyak yang perlu diuruskan, cuma setakat ni, tak begitu sistematik sebab ada masalah2 yang tidak dapat dielakkan... Dalam perniagaan, kini aku sedang mengusahakan kedai yang akan aku buka di GIANT..Semiga aku berjaya dalam bidang ni...

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...Apa lagi Suami Isteri...Biasalah tu....lepas kahwin, aku dapati diri aku lebih banyak sabar jika dibanding dengan dulu2...Bukan apa, aku makan dalam jer...hehe....Tak kuasa nak marah2, bebel2, sebab masing2 dah besar...Cuma sampai masa, dia akn meletup...

1001 masalah yang ada... NGANTUK!!! Nak tidur!!

Monday, April 11, 2011

Buat Kerja Orang

Hari ni, sedang aku kalut2 manyiapkan assignment, tiba2 aku didatangi seseorang....Dia ialah Guru Kelas...dan aku adalah Pembantu Dia...Jadi, apa yang dia minta aku tolong, aku akan tolong....

Kat sek semua tgh bertungkus lumus siapkan Headcount bagi semua2 matapelajaran yang ada periksa...Aku rasa, aku je yang dah siap buat...sebab aku tgk,bnyk cikgu yg sedang mengadap laptop...huhu..

Cikgu tadi, minta aku tolong dia kira berapa org dpt A,B,C,D dan E...untuk subjek yang dia ajar....Sebenarnya, aku memang nak menyiapkan assignment aku, tapi Guru Kelas dah minta tolong, kena la juga...tak kan aku nak kata TAK! Aku kena buat untuk satu kelas, cikgu tu buat untuk satu kelas yang lain...

Aku pun terus kira, ambil masa 10 minit tanpa hiraukan orang lain, sampaikan K.ina suruh toleh tengok budak darjah 6 pun, aku tak sempat...Pastu, dah siap,aku bagi kat cikgu tu...Cikgu tu terkejut sbb aku dah siapkan dalam 10 minit...

Huhu,,,kenapa aku boleh buat cepat,dia x boleh? Hahaha....Sebab, aku mencuri masa makan aku time rehat untuk siapkan...dan aku tak sempat makan...Orang lain? semua sedang makan..huhu..

Bukan nak membangga, tapi fikir samalah kerja-kerja yang ditanggung orang lain....Huhu..Teringat Cikgu M cakap: Kita Siapkan kerja kita awal2, nak senangkan kita, tapi bila kerja kita dah siap, kita terpaksa siapkan kerja orang lain....

TAK ADIL!!! Hehe...Apa pun, kerja yang diberi tu, taklah susah sangat, cuma aku hanya pertikaikan Pengurusan Masa mereka...

Aku, walaupun tak de anak, tapiaku tetap sibuk...4 pagi bangun untuk berniaga,pergi sekolah...balik rumah, aku perlu study dan buat assignment...hjung minggu aku ada kelas...memang sibuk, tapi aku masih mampu mengurus masa dengan baik...

Moral of the story: Jangan Siapkan Kerja Awal-Awal....haha

Bangkang Ajelah...

Sebelum ni, ada entry aku mengenai Kegagalan Memimpin..kali ni nak sambung mengenai organisasi..

Kesian jugak bila tengok ketua panitia yang baru dilantik...RELA TERPAKSA...dia tak pernah memerintah, tapi biasa diperintah...Oleh sebab itu, tiada ketegasan dalam membuat keputusan dan orang mula membuli dia..Huhu...Sian betul...

Dalam panitia, ada seorang hamba Allah yang aku namakan J..J ni selalu je membangkang...tapi ada betulmya juga,,,,cuma cara dia mungkin tak berapa selesa bagi aku..sebab cara dia bercakap, macam dia la yang paling bagus...Huhu...Kadang2 kerja tu atas arahan GB, tapi dia kata tak perlu buat..so, menyusahkan ketua panitia...sebab ketua panitia yang akan melapor segala-galanya...

Mungkin sebab dia tak bersetuju, jadi dia menyerahkan kerja dia kepada orang lain...alasannya, dia kena buat laporan untuk 4 kelas...BANYAK....Dia tak pikir pulak orang lain pun banyak kerja....Orang yang dia suruh buat tu, kena buat laporan kelas yang dia ajar iaitu untuk 6 kelas...LAGI BANYAK DARI DIA...huhu...

Aku pun tak faham jugak la kadang2 dengan perangai manusia ni....Bangkang itu bagus untuk perubahan, tapi agak2 la....Apa yg GB suruh buat pun, untuk kebaikan panitia dan sekolah...So, buat jela....Benda yang tak seberapa pulak yang dipentingkan...huhu...

Aku tak berapa suka dengan situasi tu, jadi aku nasihatkan Ketua Panitia supaya tegas dan senaraikan apa yang perlu dibincangkan....Ketua Panitia pulak, buat meeting mcm bukan meeting....kadang2 x habis cakap lagi, tau2 dah bersurai jer...Pening2...

English Education

Argh....mungkin aku merungut...tapi....biarlah...
Di saat2 kerja sedang berlambak2, aku berusaha untuk menyiapkan asignment yg perlu diselesaikan scpt yg mungkin....
Asgnment dalam bahasa inggeris...aku bukan master dlm b.i...tp aku cuba sedaya mampu utk buat yg terbaik....tidak semua istilah kita boleh terjemah harfiyah(sebijik2 dgn bm)...dan istilah2 yg aku xtau, aku rujuk pada mereka yg mahir dlm b.i...
Malangnya......TIDAK ADA KERJASAMA...aku hanya bersangka baik-DIA BANYAK KERJA AGAKNYA...haha....

Aku tanya A, seorang yang mahir dalam B.I di tempat kerja ku...Mula2 A jawab, tanya 1 lagi...A jwb, TENGOKLAH KAMUS!! -aku bukan jenis orang yang suka2 hati nak tanya...aku dah rujuk pada kamus, cuma aku nak pastikan betul/tidak jika istilah2 ini diterjemah secara harfiyah....SO,Sejak dari tu, aku TAK AKAN TANYA LAGI...TERIMA KASIH!

Aku berjumpa B pula, sama mcm A,mahir dalam bidang mereka...istilah yang perlu diterjemah,canggih2 belaka...bila ditanya, B jawab: EH,KITA TAK TAHULAH...NI BUKAN BIDANG KITA....Aku: ???? Oh....tak apalah...

Dunia...oh, dunia....
Yang lucunya, bila si A, tiba2 tanya aku, BUAT THESIS KE? TAU TAK NAK BUAT HYPERLINK? NANTI TOLONG AJAR....KITA KENA BUAT ASSIGNMENT NI....
Apa yang aku perlu jawab??? Aku hanya senyum dan kata OK! Walaupun dalam hati aku mula rasa jelek!

Akhirnya, aku mendapatkan bantuan dari sepupu aku...masalah aku selesai....
Moral untuk aku: ITULAH PENTINGNYA ENGLISH EDUCATION.....

To A and B,
Thank You Very Much...I Will Not Ask You Anymore..HAHAHAHA...

Monday, April 4, 2011

Thursday, March 31, 2011

Tersentuh hati seorang guru....

Hari ni, pertama kali aku kena entertain mak bapa sempena Pemuafakatan. Time aku dulu, panggil Hari Terbuka..mak bapa datang ambil report card...Aku bukan guru kelas, tetapi aku hanya Pembantu Guru Kelas. Guru Kelas aku terlibat dengan ibu bapa murid tahun 6, jadi aku terpaksa menggantikan dia..

Aku mula membuka kaunter untuk ibu bapa pada pukul 7.30 pagi....aku dari awal dah sediakan nombor giliran. Alhamdulullah, semua berjalan lancar...Seorang demi seorang aku layan...Cikgu2 lain, aku tak tau le depa bincang pasal apa, tapi aku lebih banyak memberi idea-idea baru kepada ibu bapa untuk memantau dan engage hobi anak dia dengan pelajaran..Banyak juga tips yang aku bagi...dari segi pemakanan, dari segi kekeluargaan dan juga spiritual...

Aku faham, ibu bapa mereka ramai yang tidak mampu untuk membeli buku2 cerita atau buku2 latihan untuk anak2 mereka. Ada murid yang keputusan tidak bagus, tetapi dia ada daya usaha sendiri untuk berjaya. Dia suruh ayah dia belikan buku cerita Bahasa Inggeris..ayah dia hanya mampu menjawab, nanti dulu,,,sebab belum ada duit,,, sedihnya rasa...

Ada pulak yg jenis, terlalu suka menghabiskan masa dengan hobi, sampaikan tak belajar...hobi dia memancing...tak jauh, sebelah rumah...dapat ikan, bawa balik bagi mak masak...baik sungguh hati dia...Aku mencadangkan kat bapa dia, belikan buku cerita untuk anak dia, biar dia baca sementara tunggu ikan...hehe...

Aku ada juga beritahu mak ayah depa supaya pantau kegiatan anak dirumah...alhamdulillah, semua ada memantau anak-anak dirumah..cuma masing0masing mempunyai masalah yang tersendiri...Seorang dari murid ku memang ketegori lembab, buta huruf, tapi, mengikut kata emak dia, dia cepat tangkap pada kemahiran sahaja. Ayah dia tukang kayu, dia tengok apa ayah dia buat, dia terus pandai buat...cuma tulah, sistem pendidikan kita masih exam oriented.

Yang pendiam, ada juga...rupa2nya kat rumah, dia semua yang betul...sampai tak boleh ditegur...bapa dia pun apa lagi, marah...sebab bapa dia yg ajar dia...hehe...lucu...macam2 hal...

Tapi yang menyentuh hati aku bila sorang murid ni, ank angkt, dan sekarang mak kandung nak ambik balik....dah beberapa kali cubaan melarikan dia oleh mak bapa kandung dia,,,sian ke budak tu la...mak dia pukul dia...aduh.....hai...apa nk jadi..mak n bapa angky tentu x akan lepaskan, dia jga dari kecik, smpi besar, tiba2 nak ambik...patutla budak ni berperangan nakal semacam akhir2 ni...dia ada masalah emosi...kata mak dia, dia selalu termenung dan nangis....paling ketara lepas mak kandung dia tel....

Yang seorang lagi ni pulak, tidak dipantau langsung...budak tu memang pandai, tap mak bpa bercerai, mak x kisah ank..ank dia g sek ke, ank dia xmkn ke, dia x peduli...harini mak dia x dtg ambik keputusan peksa, demam katanya, jd aku menyerahkan kputusan tu kepada dia sendiri dan aku mencabar dia, kalau periksa lepas ni dia dapat 2c pun jd, aku akn beri hadiah..tp kalau dia dapat 5c, aku akn bg hdiah besar untuk dia....

Kesimpulannya, jgn lah kita marah x tentu psl,,kena selidiki dulu mslh yg mendorong mereka berkelakuan sedemikian rupa.....