Friday, February 11, 2011

Inilah Haryanti...

Mengenali diri aku tak susah...bagi mereka yang baru kenal aku, mungkin aku nampak sombong, tapi tidak sebenarnya...



Menurut kajian Dr. Fadzilah Kamsah, aku sorang yang....:

[][] Banyak idea dalam perkara.
[][] Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
[][] Berfikiran kehadapan.
[][] Berfikiran unik dan bijak.
[][] Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
[][] Pemikiran yang tajam.
[][] Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
[][] Sesuai jadi seorang doktor.
[][] Cermat dan teliti.
[][] Personaliti yang dinamik.
[][] Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
[][] Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
[][] Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
[][] Terlalu degil dan keras hati.
[][] Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
[][] Tak suka marah kecuali digugat.
[][] Mudah ambil berat terhadap orang lain.
[][] Pandai muhasabah diri.
[][] Cara berfikir yang lain dari orang lain.
[][] Otak yang sangat tajam.
[][] Pandai mendorong diri sendiri.
[][] Tidak hargai pujian.
[][] Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
[][] Cuba sampai berjaya.
[][] Badan yang sasa.
[][] Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
[][] Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
[][] Suka duduk di rumah.
[][] Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
[][] Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
[][] Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
[][] Bercita-cita tinggi.
[][] Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Dan...semuanya ada pada aku....kan..kan...kan....

Ada beberapa orang cakap aku ni jenis teliti dan yang paling aku tak sangka, ex Ketua Panitia aku, rupa-rupanya merujuk segala benda2 yang melibatkan dokumentasi kat aku....Kalau Ketua Panitia baru xcakap, aku pun x tahu....haha....

Ex Ketua Panitia sering dipuji sebab berjaya membelanjakan peruntukan yang dibagi secara berhemah, ada baki 2-3 sen jer dan selalu dipuji GB sebab panitia Agama Islam la paling awal siapkan tempahan....perkara yang tidak dihebohkan,sampai la masa mesyuarat, barulah tau yang aku sebenarnya yang buat....haha...Salah seorang GPI aku cakap, LEMBU PUNYA SUSU,SAPI DAPAT NAMA...hehe...aku x kisah pun...

Thursday, February 3, 2011

Kisah Ashabul Ukhdud

Kisah pemuda..bernama Abdullah,
Menjadi iktibar..sejarah terlakar,
Demi cintanya…kepada Allah,
Ashabul Ukhdud..sanggup dibakar. (Syair)

Abdullah merupakan seorang pemuda yang terpilih yang bakal menggantikan tukang sihir diraja yang bernama Syaitun. Setiap hari, Abdullah akan berjumpa dengan Syaitun untuk menuntut ilmu. Hari.. demi hari…, Abdullah merasakan bahawa ilmu yang dipelajari dari Syaitun ini dusta belaka. Syaitun hanya menakut-nakutkan manusia. Rupa-rupanya, kerja tukang sihir ni membuat rakyat terus taat menjadi hamba kepada raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan. (ajaran sesat/bomoh)
Manusia hari ini, demikian juga, sentiasa percaya sesuatu selain Allah. Contohnya menjadi pengikut ajaran sesat Ayah Pin. Ayah Pin kan manusia juga, tiada apa yang ajaib yang ada padanya. Saya menyeru semua yang ada di sini agar tidak terpengaruh dengan ajaran sesat, dan hanya beriman kepada Allah.



Ketika Abdullah dalam perjalanan ke istana untuk bertemu Syaitun, dia terjumpa dengan seorang abid bernama Talhah. Talhah bercerita mengenai Allah pencipta alam. Abdullah tidak jemu-jemu mendengar kata-kata Talhah yang menakjubkan itu. Kata-kata Talhah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.Begitulah kehidupan Abdullah setiap hari,berjumpa dengan Talhah sebelum pergi berjumpa si Syaitun. Abdullah sentiasa berusaha mencari ilmu yang benar. (menuntut ilmu)


Betullah kata nabi. Semua orang perlu ada ilmu agar kita menjadi orang yang berjaya. Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong usaha pendidikan. Baru-baru ini KSSR telah dilaksanakan dan diharap ia dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
Berbalik pada kisah Abdullah…Pada suatu hari,
Ada haiwan besar,menghalang manusia,
Minta Abdullah,selesaikan masalah,
Abdullah ambil batu,mohon pada Ilahi,
Abdullah lempar batu,haiwan besar pun lari. (Pelangi)

Semua yang ada di situ terkejut dengan apa yang mereka telah saksikan. Masing2 kagum dengan sihir Abdullah. Sebenarnya, Abdullah tidak mengamalkan sihir yang dipelajari dari Syaitun,tetapi beliau hanya berdoa kepada Allah kerana beliau percaya bahawa Allah sahaja yang berkuasa. Apa yang terjadi semuanya atas kehendak Allah. Semua orang di situ,kemudiannya beriman kepada Allah. (keyakinan)



Itulah kuasa keyakinan. Keyakinan begitu penting untuk umat Islam. Ambil saja contoh mengenai halal dan haram. Walaupun logo halal JAKIM tertera di mana-mana produk makanan, kebanyakan dari kita masih ada lagi rasa was2. Oleh itu, JAKIM kini menyediakan kemudahan semakan status melalui khidmat mySMS 15888.

Abdullah sembuhkan si buta,
Abdullah sembuhkan si kusta,
Berita sampai kepada Raja,
Tergugat segala kuasa yang ada. (Lompat katak lompat)

Raja jadi murka. Maka Abdullah dipanggil.
Abdullah oh Abdullah, siapa sembuhkan buta?
Jawapan Abdullah: Allah.3x,
Abdullah oh Abdullah,siapa gerangan Allah?
Maka jawapannya : Tuhanku tuhanmu jua…(Bangau oh Bangau)
Lalu Abdullah dihukum. Beliau dihumban ke gaung, dicampak ke tengah lautan,semuanya dilakukan semata-mata untuk memusnahkan Abdullah. Tetapi Allah itu kan maha besar, Allah telah menyelamatkan Abdullah. Raja amat terkejut melihat Abdullah yang masih hidup, Lalu Abdullah meminta Raja yang zalim itu membunuhnya di khalayak ramai, dengan syarat…., Raja perlu menyebut nama Allah. Raja akur dengan kehendak si bdullah itu tadi. Setelah dipanah, Abdullah ditakdirkan mati dan Raja sangat gembira kerana sangkaannya, semua rakyat akan tunduk kepadanya.
Kerana sikap angkuhnya itu, Raja terlupa bahawa dia sebagai Raja sepatutunya tidak menzalimi rakyatnya. Akibatnya, seluruh rakyat terus beriman kepada Allah. (kezaliman)
Disebabkan Raja terlalu marah, maka diperintahkan orang bawahannya untuk menggali lubang dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang tidak mahu taat kepada Raja,akan dibakar hidup-hidup. Sedikit pun,rakyat tidak gentar kerana yakinnya mereka kepada Allah,mereka sanggup dibakar. Mereka inilah yang digelar Ashabul Ukhdud.



Kezaliman sememangnya sudah lama bertapak di dunia ini. Lihat sahajalah tindakan Israel yang menghalang kapal Marmara dari menyalurkan bantuan ke Palestin. Kezaliman Israel dikecam, dunia kini membuka mata….Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa kerana umat Islam semakin bertambah di luar sana. Alhamdulillah.

Tuesday, February 1, 2011

Jangan Tegur

"Jangan Tegur" biasa digunakan ketika berada dalam keadaan yang menyeramkan dan mengerikan...Sebab dikhuatiri 'benda-benda' tu akan muncul di depan atau di belakang kita...

Selebih dan selainnya boleh ditegur mengikut keadaan secara berhikmah.

HIKMAH? Tidak dinafikan, ada di antara kita yang terlalu beremosi ketika menegur seseorang. Akibatnya, ada yang terasa hati, sedangkan dalam masa yang sama, kita perlu menjaga hubungan sesama manusia. Jangan terlalu angkuh sehingga mengatakan, " Biarlah, kalau tak boleh nak terima apa yang aku cakap, suka hati la...aku geram, yang penting,aku dah cakap. Aku ni tak suka simpan2,hipokrit!Tak nak maafkan aku sudah. Kubur masing2.."

Wooo..satu kenyataan yang amat bahaya...Kita dituntut menjaga persaudaraan sesama kita agar hidup kita sentiasa aman..Dalam kes sebegini, seharusnya kita mengawal cara percakapan kita dari segi intonasi, bahasa dan adab sopan. Ke mana perginya adab dan sopan kita sebagai orang Melayu? Ke mana pula dicampakkan rasa kasih sayang sesama manusia lebih2 lagi sesama Islam?

Semua orang ada rasa marah, benci, menyampah dan sebagainya lagi. Tapi sebagai manusia yang telah diberikan akal fikiran oleh ALLAH,kita perlu menggunakan akal kita untuk memikirkan kesan dan akibat dari tindakan kita. Orang2 seperti ini hanya menggunakan ID mereka semata mata dan membiarkan fungsi EGO dan SUPEREGO dalam diri mereka.



Jika kita hanya nampak keburukan orang lain, adakah kita dah lihat diri kita? Kalau kita tak suka seseorang, tidak perlu ditunjukkan rasa itu secara berdepan, tidak perlu menyatakannya di khalayak ramai. Mengapa? Adakah kita rasa kita dah cukup sempurna? Adakah kita layak untuk menegur orang? ALLAH itu Maha Besar. DIA bayar cash di dunia. Kalau kita asyik perlekeh orang, buka aib orang, ALLAH akan buka aib kita..Orang lain tak buka aib kita, tapi ALLAH akan gerakkan hati kita membuka aib kita sendiri. Nak ke?

Aku dah jumpa orang yang macam ni...tapi antara dia sedar dengan tidak sahaja. Huhu..

Tegur itu tidak salah tetapi perlu kena dengan caranya. Tidak perlu mentionkan nama sesiapa atau apa sahaja yang boleh membuatkan orang tahu, cukup sekadar menegur secara umum, orang akan faham. Tak kisah la sama ada orang itu ada atau tidak... Kalau ada, kita dah kecilkan hati orang, kalau tiada,kita dah mengumpat.

Semua orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Sebagai manusia, kita hanya perlu cuba memperbaiki diri kita. Buang rasa cemburu dan sakit hati pada orang lain...dan jangan anggap diri kita terlalu bagus... Apa yang orang lain buat, ada sebabnya tersendiri. Jika ia membawa kebaikan kepada masyarakat, sokonglah...jangan kerana cemburu, kita jadi orang yang hilang akal untuk memikirkan kesan dan akibat.

Yang mana satu watak kita???



Aku menulis hanya untuk berkongsi pendapat sahaja. Jika ada yang terkena dan terasa hati, maaf dipinta.