Sunday, December 27, 2009

Episod 2

"ya Allah,berikanlah aku petunjuk kebenaran..aku mahu hidup bahagia bersama suamiku dan anak2ku,tetapi engkau lebih mengetahui dari hambamu ini..ya Allah,jika dia masih jodoh terbaik utk ku,dekatkn dia pada ku,tetapi jika dia ditakdirkan dia bukan lagi untuk ku,kau tunjukkan padaku jalan keluar bagi permasalahanku ini..engkaulah tempat aku meminta pertolongan..amin"itulah doaku setiap kali selesai menunaikan solat...aku meneruskan pula dengan membaca ayat2 suci al-Quran..Masih ku ingat lagi kata2 ustaz ku,Ustaz Hanapiah.."membaca al-Quran,berzikir dan mengingati Allah dapat menenangkan hati.." Memang benar,walaupun aku dalam kesusahan,kesedihan,aku masih berasa tenang..Syukur ya Allah..

Friday, December 25, 2009

EPISOD 1

Selepas dikurniakan anak ke 2,kehidupanku amat bahagia walaupun ketika itu hidupku dalam keadaan serba sederhana. Aku hanya seorang jurutaip manakala suamiku pula seorang kerani si syarikat swasta.

Setiap pagi,tugasku mengemas rumah gan menyiapkan keperluan anak2ku yang masih kecil. Pakaian,susu,bekal makanan dan sebagainya lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Aku dan suamiku hanya berjalan kaki ke rumah pengasuh memandangkan rumah kami tidaklah sejauh mana. Along didukung oleh aku dan Fifi disorong oleh suamiku menggunakan kereta sorong ciptaan suamiku sendiri.
Alhamdulillah,anak2 ku tidak nakal apabila ditinggalkan. Bukan berniat untuk memuji anak sendiri,tetapi itulah yang sering diperkatakan oleh pengasuh2 yang sudi menjaga mereka.

Hari demi hari,tahun demi tahun aku hidup dengan bahagia. Suatu hari ketika suamiku pulang dari kerja,dia memberitahuku sesuatu,"Nur,abang dinaikkan pangkat. Jadinya syarikat arah abang berpindah ke Pulau Pinang,Nur macamana?" "Kalau ia satu arahan,apa boleh buat,Nur akan cuba minta pindah ke Pejabat Negeri di sana.Ok jugak sebenarnya,dapatlah kita jimat kos balik kampung..dekat dengan kampung abang kan?Abang tu saje buat2 tanya Nur ok ke tak kan?Dalam hati,punyala suka kan?" seloroh aku. "Kan?Kan?Kan?" ejek suamiku. Pantang bagi dia bila aku bercakap,ada perkataan 'kan',terus la dia mengejek aku.

Rezeki aku,aku dapat berpindah ke cawangan Pulau Pinang. Kehendak ALLAH,tiada siapa yang boleh mengubah. Walaupun aku akan ditempatkan di tempat yang baru,dengan suasana yang baru,kawan2 yang baru,aku tetap gembira kerana apa yang penting bagi aku adalah berada di sisi suami yang amat ku cintai.

Hari berganti hari,aku semakin selesa dengan kehidupanku sekeluarga di sini. Apa tidaknya,kami sekeluarga menyewa sebuah banglo berhampiran pantai,sudah miliki kereta sendiri dan sudak memiliki perniagaan sendiri. Banglo kami dua tingkat,tingkat atas dijadikan ruang untuk keluarga manakala di tingkat bawah pula di jadikan pejabat. Kami sama2 menguruskan perniagaan menjual barangan kesihatan.

Perniagaan yang kami ushakan semakin maju,dek kerana aku terlalu sibuk dengan kerja2 pejabat,begitu juga dengan suamiku yang tak menang tangan membuat 2 kerja,maka kami telah sepakat untuk mengambil seorang pekerja yang dapat membantu kami menyelesaikan tugas2 di pejabat yang terletak di rumah kami. Setelah sebulan mencari,akhirnya Kartina datang untuk bekerja dengan kami. Kartina amat baik membantu kami dan aku begitu percayakan dia. Anak2ku,saudara maraku,saudara mara suamiku,semuanya mengenali Kartina.

Kartina rapat dengan suamiku kerana suamiku adalah majikan. Hubungan rapat mereka yang selama ini aku anggap tidak lebih dari sekadar hubungan pekerja dengan majikan rupanya salah. Suamiku sudah berubah. Tidk suka lagi duduk menghabiskan waktu cutinya bersama kami sekeluarga. Tiada lagi berkelah di tepi pantai,tiada lagi gelak tawa,suamiku hanya tahu out-station sahaja. Pada mulanya aku menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap suamiku dan Kartina,tetapi ternyata sia2. Ramai di antara kawan2 ku yang memberitahuku tentang hubungan sulit suamiku dan Kartina. Sebagai seorang isteri aku cuba menafikannya walaupun hakikatnya diriku sudah ada perasaan curiga. Aku memujuk diriku bersabar dan terus bersabar.>>>bersambung....

Wednesday, December 23, 2009

TOPIK PERKAHWINAN>>>>>>>

Masih lagi dalam topik kawim dan jodoh...Pengalaman nak wat kenduri ni macam2...bergantung pada individu..aku disebabkan dok jauh,banyak jgk la urusan kenduri yg aku monitor dari sini..pakcik aku yg tolong itu ini...aku just bg duit..bila aku balik,aku just g cari kedai kat melaka untuk siapkan hantaran...6bulan sebelum kawin dah siap...mak aku tak ckp apa pun sebab aku dgn mama bnyk selisih fhm masa 2...mama suh aku wat sendiri suma perkara..aku sahut cbrn 2...maknanya,urusan dewan n rencam,CIK PIE yg uruskan,baju kawin + andam + gmbr + pelamin + meja mkn beradab,g wt kt kedai kwn PAK DIN..aku punya kerja kawin,semua ekspress...bila mama tgk bnyk benda yg dh setel,mama cuma siapkan cenderahati tetamu dan uruskan bahagian jamuan...Alomg pulak sponsor bahagian kad jemputan..

Senang cerita,kita kena wujudkan AJK utk majlis kita ni,lg mudah..Cdgn aku:
1. G kursus kawin dulu
2. G ambik borang nikah kt pej agama
3. Isi borang dgn lengkap
4. Cari kedai andaman berpakej
5. Siapkan hantaran..sireh junjung,pakai yg palsu je..dh siap simpan elok2 dlm kotak supaya x berhabuk..
6. Anggarkan bil tetamu..senaraikan dulu nama2 dia,minta jgk senarai nama kwn2 family kita...kira semua ada berapa org..pastu di darabkan dgn 2(anggap depa dtg berpasangan )..cth: nama y disenaraikan ada 700 org,kali dgn 2,maknanya jadi 1400org tetamu..itu hanya anggaran...
7. Cari tukang masak/catering..kena tempah awal,kalo x depa g masak kat kenduri org lain..kita gak yg melepas..masa ni,kita bgtau bp org jemputan kita..biasanya caterer akan bagi lebih punya..
8. Booking dewan/khemah..sebenarnya buat kat dewan lagi senang sebab kita xmengganggu kawasan umah org lain,jln raya,umah kita pun xdela bersepah sgt..rumah kita dijadikan tmpt utk sedara mara kita tidur je..
9. Sediakan cenderahati/bunga telur..ni kita wat last2 sikit pun xpe..sambil2 tgk tv boleh wat..kalau dah terlalu last minit,kita suruh je anak2 buah kita yg kecik2 tolong..bagi lah upah sikit..
10. Akhir sekali,kita kena bayangkan,macam mana majlis kita berjalan nanti..semua dah lengkap ke? P.A system ok ke x? Pekerja2/penanggah 2,mcmana? upah jgn lupa...

2 la dia sedikit sebanyak proses nak kenduri..Time kenduri nanti,kena pastikan jugak keselamatan mak kita yg dpt duit sumbangan tetamu..kita dok tersengeh2 kat pelamin,tiba2 mak kita kena rompak pulak...hati2..duit2 yg dh dpt 2 nanti,akan dikira..duit 2la yg kita guna utk byr apa2 yg terkurang..jgn berangan nk ambik yer...

Masa aku kawin kat Melaka,mak mertua aku suruh tulis nama org yg bg duit dgn jumlah dia sekali..aku xbuat pun sebab masa mak mertua aku suruh,aku dah habis kira duit n dah buang envelop2 2...aku pun berfikirla..napa ek????

Kemungkinan yg aku dapat,bila tulis nama,kita boleh rujuk berapa seseorang 2 bagi..tp utk apa ek? Mungkin utk masa akan dtg kot...cth, A bg RM50,bulan dpn, A wt kenduri so kita bolehla bg RM50..agaknya la..xtau jgk..

Kat bawah ni,khas utk kawan2ku yg xdpt g masa hari kawin aku,aku sertakan dgn gambar2 majlis d Melaka (sebelah suami) dan Kuala Lumpur ( sebelah ayah aku..)

MAJLIS RESEPSI,MELAKA


Ni gambar masa nak masuk rumah..konon2 je 2..yela,aku dari dalam umah,kuar sampai simpang dalam 10m,pas2 masuk semula dalam umah yg sama..lucu..


Bersanding..aku xnak sebenarnya,tapi nak jaga hati keluarga mertua,terpaksalah...masa kt JB,dok kat pelamin utk ambik gmbr je..malu o..


Pas makan beradab,kami kena g TAMAN SERIBU BUNGA,MELAKA..aku kaki aym jer..sebab aku xreti palai heelssssss

MAJLIS RESEPSI,KUALA LUMPUR

Abah wat kat DEWAN YPC,CHERAS..banyak2 gambar,gambar kat KL ni je yg cantik(pada aku la..) sebab yg ambik ni,memang jurugambar..ayah aku kan jurugambar UTUSAN...yg kat Melaka,ok la,,,yg kat JB paling hampeh..ada ke dia suh kita ambik gmbr dgn kerusi kosong...ish2..


Merakamkan kenangan abadi bersama abah,Rektor ASWARA Datuk Omar Awang dan isteri


Antara artis2 yang merupakan kenalan rapat abah yang hadir..



TOK MAT antara yang hadir...aunty JULIE DAHLAN pun ada..

Majlis di Kl ni,abah orang yg paling sibuk..semua benda dia nak buat...kesian gak tgk dia..dah cakap kat abah,xpayah wat kenduri kat KL pin xpe sebab dah wat kat JB n Melaka..tapi abah tetap nak wat..mungkin aku yg kawin dulu..nak tumggu adik2 tiri aku?lambat lagi..depa masih belajar lagi..

Ok,ni gambar kami di Majlis Resepsi di Kuala Lumpur..ada lagi,tp xlarat nak tunggu upload..hehe...

JODOH>>>>

Jika ditakdirkan dia bukan jodoh kita,buatla macam mana pun,tetap tak akan jadi milik kita...tetapi jika dah tertulis dia diciptakan untuk kita,terlalu mudah urusannya...

Macam kisah aku la...nak dikongsi untuk sapa2 yg mungkin sekarang ni berada macam keadaan aku dulu2...

Setibanya aku sampai di Bumi Kenyalang ni,aku takde kawan yg aku kenal sama maktab dengan aku kecuali seorang lelaki yg bernama AF. Baru je kenal...dah berada di maktab,aku dah ada kawan2 aku...perempuan dan ada beberapa org lelaki...

Aku berkawan mcm biasa dgn AF,sampailah satu masa dia meluahkan rasa hati dia..kiranya sama2 suka,tapi dia xnak kecewakan aku,sebab mak dia suruh dia kawin dgn kawan yg sama2 belajar dgn dia...Aku?? Masih rasional,boleh terima...Cuma kdg2 aku terfikir,boleh caya ke citer dia ni? Tah2 dalam hati dia,dia dah lama suka kan kawan dia ni,sebab depa kenal dah lama...tapi biarkanlah...so,dia kahwin dengan kawan dia tu dan sekarang dah ada anak 2 org...
Bila diingat2 semula,lucu jgk,sebab masa dia kahwin,aku xbalik semenanjung pun..dok sini je..nak dijadikan cerita,aku hntr member aku ke apot,tiba2 terserempak dgn budak maktab..siap tanya aku lagi,"eh,bukan balik kawin ke?" Aku plak tnya dia,"Nak suruh saya kawin dgn sapa?" Rupa2nya dia ingatkan aku yg kawin dgn AF 2...

Hidup mesti diteruskan...Ramai lagi org lain kn?? So aku berkawan dgn bdk mktb gak,dia dok sebelah umah aku...tgkp cintan...yg aku dgr,dia dh ada awek,sepupu dia sendiri..utk kepastian,aku tny dia,n dia kata tu pilihan mak ayah dia...mak ayh pilihkan sebab nak ubati hati dia yg pernah dikecewakan..

Kisah aku berkawan dgn dia ni agak gempak la dalam hidup aku..hehe..apa tidaknya,dia akhirnya dijodohkan dengan pilihan org tua dia...macam kisah aku dgn AF,masa dia kawin,aku xbalik semenanjung..aku dok kat SARAWAK ni,menangis2...sebab apa? Sebab dia pernah tunjukkan kat mak dia gmbar aku dan dia ckap kt mak dia,dia nak kawin dgn aku..tapi apa boleh buat,xda jodoh..Nama dia D.

Lepas dari dia kawin,aku dgn dia masih berkawan..Yg menjadikan GEMPAK nya kisah aku ni,bila isteri dia diberitahu oleh suami dia sendiri tentang aku...Apa lg....Isteri dia terus g umah aku n nak jumpa dgn aku...jumpa jela...Bercakap dalam kereta..Dia tanya,aku jwb...Kalau dia marah2 aku,senyap jela...

Lepas dari peristiwa 2,aku masih lg berkawan dgn D..Mesti korang kata aku xserik kan? Huhu..pada aku la,kawan jela...xda jodoh bukan bermakna xboleh nak berkawan...Isteri dia? Ada gak hntr msg2 amaran..ada la dlm 2x..aku xpernah layan pun..sebab???

Sebab masa tu aku dah ada org lain yg aku syg..So,buat apa aku lyn msg 2..aku je yg kenal diri aku mcmana..Ha..org lain yg aku mksudkan ni suami aku...

Munculnya suami aku dalam hidup aku masa D dtg bawa isteri dia sama2 memetap kat Swk...

Kata Kak Maria,aku ni JATUH BERSAMBUT..time kita betul2 frust,da org lain dtg utk kita...org yg dpt melupakan kita segala masalah yg kita hadapi..

KISAH MANIS YANTI & ASRI

Asri seorang Pegawai Pemasaran,dtg ke sekolah ku untuk mengadakan satu taklimat. Sebenarnya dia dah dtg sebelum tu utk membuat taklimat,tapi masa 2 xsesuai,so dia dtg sekali lagi..Kali kedua dia dtg baru aku kenal dia..kali pertama,tak kenal sebab masa 2,aku dah balik rumah..

Pertama kali aku bertentang mata dgn Asri masa dia tgh punggah brg dari kereta..Aku pulak lalu dpn dia utk masuk Bilik Guru..Rupanya,masa dia tgk aku,dalam hati dia terdetik,"Eh,cantik jugak Cikgu kat sini,tapi aku dtg sini utk cari rezeki,bukan jodoh.."

Semasa taklimat,aku xtgk pun dia..telinga dgr,tp mata dan tgn aku sibuk menyemak kerja2 budak..x pay attention sgt a kiranya..Dalam hati?? Dia ni anak berapa agaknya ek?? Kadang2 tertengok gak dia..Dia? Dalam masa yg sama,dia tertengok gak aku,dan mata bertentang mata..Pergh..Gila punya drama ni..hehe

Habis taklimat,K.Rozina n K.Ina berminat dgn produk yg ditawarkan,depa ajak aku sekali,ok jela...so,Asri pun menemuramah kami...semua butiran diberi,tapi salah satu butiran aku yg aku tipu ialah nombor telefon aku...Selesai semua,dia pun balik n aku masuk kelas meneruskan pengajaran..

Tgh2 mengajar,PK1 panggil aku,ada panggilan telefon..Inagtkan sapa,ASRI rupanya..apa ajelah mamat ni nak...Rupa2nya dia punya Diari tertinggal atas meja aku..dia minta tolong aku simpankan n bagi kat dia ptg karang..aku ye kan jela..

Balik umah,aku dgn k.ina tergelak2 terkenangkan kisah lucu tu..Smpai je ptg,aku jmpa dia kt jeti..Rupa2nya dia tel hp aku,tp xdpt,sbb 2 dia tel sekolah..lps dr 2,aku bg no hp aku kt dia..Bila ditanya,knapa xkol k.ina suruh ambik diari? Asri kata,dia memang nak tel aku gak...

So,mcm org lain,kami ber SMS,ber CALL,ber DATING...tapi xlama pun sebab pas raya dia sakit..hanya berhubung melalui hp dan kdg2 masa balik semenanjung je jumpa..Aku banyak kecewakan Asri sebenarnya..dia tahu aku berhubung dan D,dia jeles gak,tapi dia masih bertahan..Aku je yg suka cari pasal dgn dia..

Masa 2,aku syg dia biasa2 je sebab aku masih bkwan dgn D..Lps pikir secara waras,aku terima Asri..aku yg nak kawin cepat,sebab aku dah mls nak pikir apa2 lg...

Memang diakui,bila kita kawin,semua msalah selesai..masalah yg ada pun pas kwin hnya msalah rumahtangga kita sendiri...

So,aku pun kawin la...

PERTUNANGAN



Gambar ni masa aku tgh tunggu pihak keluarga lelaki masuk..depa tgh bincang2 kat luar..


Depa tgh berbincang2..


Selesai sudah SARUNG CINCIN..bukan nangis,tapi panas..


Ni la dia gambar TUNANG aku..

Kami tunang kejap je..hari ni tunang,lusa kahwin...jimat Kos Pengangkutan,,,sekali datang jer...

AKAD NIKAH,JOHOR BAHRU


Pagi2 lg dah kena bangun..dahla tidur lewat gara2 pakai inai..tgn aku jd sakit,kecut2 jadinya..ni nak kena bersiap2 pulak..nak kena make up pulak..dah a xpernah mekap..biasa pakai bedak baby johnson jer..leceh!!!

Nikah kat masjid Taman Sri Pulai..abah jadi wali..abah dtg lwt sikit sebab dia sesat jln..abah dtg dgn family dia..


Gambar bersama Mama,Abah dan Along


Aku la ni..kelakar kan?

Pas akad nikah,kul 2 ptg majlis kat Dewan..Tema Purple..

MAJLIS RESEPSI,JOHOR BAHRU


Disambut oleh Cik Yah..sesi TOL sebenarnya ni..


Makan,jgn xmakan..secara jujur,aku memang lapor giler...


Masa potong kek,si Sharah pun dtg...TQVM dik..

Tuesday, December 22, 2009

JOM KITA FIKIR...


Melentur buluh biar dari rebungnya.

dah lama sebenarnya aku terfikir tentang SOLAT...bukan nak kata sesiapa,tapi sekadar untuk mengingatkan diri sendiri yang kadang2 leka dengan hal2 dunia..

Dulu2 masa kecik2 lagi,mama selalu ajar aku dengan along solat 5 waktu..waktu paling best wktu maghrib dan isyak,solat jemaah dengan arwah atok,tok yam ( nenek aku ),mama,along,aku...pas solat,ngaji..

tapi waktu lain,kadang2 aku ngelat gak,mama xde,aku sembunyi dok dalam bilik,pas 5minit,baru aku kuar,konon2 dah solat...(jahat tul aku..)bila depan mama,aku solat main2,tengah baca fatihah,aku garu kaki kanan dengan kaki kiri,apalagi,kena tegur dengan mama...mama boleh nampak sebab kain telekong aku jarang..

Pernah satu masa dulu,cikgu aku cerita,kalau kita diberi pilihan antara lari sekeliling padang dengan solat,kita akan sanggup lari daripada pilih untuk bersolat..kenapa ek? Aku tanya pada diri aku jugak,n jawapan aku pun tetap pilih lari..

Yang sebenarnya,kita tak betul2 merasai kemanisan solat..contoh la,kalau kita betul2 nak dpt nombor 1 dalam kelas,kita akan wat persediaan sehabis baik...macam tu jugak dengan solat,kalau kita betul2 faham apa yg kita akan dapat dari solat,tentu kita tak akan tinggalkan solat..

Syaitan terlalu banyak goda kita ke,atau kita sendiri yang malas? Kalau bulan ramadhan,syaitan kena ikat,tapi kita masih lagi tak solat,apa puncanya? Puncanya,diri kita dah sebati dengan godaan syaitan,,,sebab tula...

So,xde sapa yg boleh ubah diri kita,kecuali kita sendiri..kita tak solat,kita yg berdosa,kita solat,kita gak yang untung...kalau nak suruh orang tolong solat untuk kita,kita kenala mati dulu...baru orang bokeh solatkan untuk kita...SOLAT JENAZAH!

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL>>>

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI>>>>

Lama xtulis blog ni...xsibuk pun,cuma ada malas sikit...cuti sekolah kali ni,xde g mana2 pun...balik semenanjung pun tak..kadang2 boring gak dok umah,tapi okey la dari kena g sekolah...hehe bukan malas,tapi dok umah,aku boleh kemas umah ( hobi aku )...

Awal pagi bangun,aku akan kemas umah,uma xbersepah pun,tapi aku memang wajib sapu rumah,mop lantai..dari dulu lagi mama dah ajar hidup macam ni...pantang aku ialah bersepah,sakit mata..mujur suami aku bukan jenis yg suka campak2 barang sana sini...

selain kemas umah,kenala masak...wat sarapan n msk utk mkn malam...tghri xmakan sebab kami makin gemok..hehe..tapi tengok gak pada sarapan,kalau sarapan roti,kami mkn tghari gak...so,pg lg aku dh masak lauk...stgh jam,boleh siap 3 lauk...

pas makan,tgk tv,baca majalah,ngadap internet,main kucing...petang pas tgk citer CUCU BETONG aku g tasik...pe lg...jalan n jogging...memang nak kurus,tapi kalau xdapat xpe,y penting sihat...

malam? malam tgk tv,main kucing n tidur...

tu jela aktiviti aku cuti sekolah...sepanjang cuti sekolah ni jugak,aku jadi bidan jaga kucing aku pas beranak...

RIMAU n OREN baru beranak...rimau beranak hari rabu n oren beranak hari ahad...hepy sgt sebab depa dapat anak...


Ini TAM..mak pada TIGER n RIMAU..


Ini lah dia pengarang jantung suami aku..RIMAU


Satu2nya si jantan..TIGER


OREN..kucing yg aku jumpa masa beli pasu..masa 2,dia hanya mengensot dan mengiau2 kat kaki aku dan suami aku sepanjang kami kat kedai pasu..Kami bawa balik n sempat g klinik untuk cek dia..Rupa2nya selepas di x-ray,pinggul dia patah..kena operate,tp kami xwat pun,just jaga dia..Alhamdulillah,dia manja dengan kami n dia dah boleh berjalan,berlari n terkinja2 lebih pada kucing normal..