Sunday, December 27, 2009

Episod 2

"ya Allah,berikanlah aku petunjuk kebenaran..aku mahu hidup bahagia bersama suamiku dan anak2ku,tetapi engkau lebih mengetahui dari hambamu ini..ya Allah,jika dia masih jodoh terbaik utk ku,dekatkn dia pada ku,tetapi jika dia ditakdirkan dia bukan lagi untuk ku,kau tunjukkan padaku jalan keluar bagi permasalahanku ini..engkaulah tempat aku meminta pertolongan..amin"itulah doaku setiap kali selesai menunaikan solat...aku meneruskan pula dengan membaca ayat2 suci al-Quran..Masih ku ingat lagi kata2 ustaz ku,Ustaz Hanapiah.."membaca al-Quran,berzikir dan mengingati Allah dapat menenangkan hati.." Memang benar,walaupun aku dalam kesusahan,kesedihan,aku masih berasa tenang..Syukur ya Allah..

Friday, December 25, 2009

EPISOD 1

Selepas dikurniakan anak ke 2,kehidupanku amat bahagia walaupun ketika itu hidupku dalam keadaan serba sederhana. Aku hanya seorang jurutaip manakala suamiku pula seorang kerani si syarikat swasta.

Setiap pagi,tugasku mengemas rumah gan menyiapkan keperluan anak2ku yang masih kecil. Pakaian,susu,bekal makanan dan sebagainya lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Aku dan suamiku hanya berjalan kaki ke rumah pengasuh memandangkan rumah kami tidaklah sejauh mana. Along didukung oleh aku dan Fifi disorong oleh suamiku menggunakan kereta sorong ciptaan suamiku sendiri.
Alhamdulillah,anak2 ku tidak nakal apabila ditinggalkan. Bukan berniat untuk memuji anak sendiri,tetapi itulah yang sering diperkatakan oleh pengasuh2 yang sudi menjaga mereka.

Hari demi hari,tahun demi tahun aku hidup dengan bahagia. Suatu hari ketika suamiku pulang dari kerja,dia memberitahuku sesuatu,"Nur,abang dinaikkan pangkat. Jadinya syarikat arah abang berpindah ke Pulau Pinang,Nur macamana?" "Kalau ia satu arahan,apa boleh buat,Nur akan cuba minta pindah ke Pejabat Negeri di sana.Ok jugak sebenarnya,dapatlah kita jimat kos balik kampung..dekat dengan kampung abang kan?Abang tu saje buat2 tanya Nur ok ke tak kan?Dalam hati,punyala suka kan?" seloroh aku. "Kan?Kan?Kan?" ejek suamiku. Pantang bagi dia bila aku bercakap,ada perkataan 'kan',terus la dia mengejek aku.

Rezeki aku,aku dapat berpindah ke cawangan Pulau Pinang. Kehendak ALLAH,tiada siapa yang boleh mengubah. Walaupun aku akan ditempatkan di tempat yang baru,dengan suasana yang baru,kawan2 yang baru,aku tetap gembira kerana apa yang penting bagi aku adalah berada di sisi suami yang amat ku cintai.

Hari berganti hari,aku semakin selesa dengan kehidupanku sekeluarga di sini. Apa tidaknya,kami sekeluarga menyewa sebuah banglo berhampiran pantai,sudah miliki kereta sendiri dan sudak memiliki perniagaan sendiri. Banglo kami dua tingkat,tingkat atas dijadikan ruang untuk keluarga manakala di tingkat bawah pula di jadikan pejabat. Kami sama2 menguruskan perniagaan menjual barangan kesihatan.

Perniagaan yang kami ushakan semakin maju,dek kerana aku terlalu sibuk dengan kerja2 pejabat,begitu juga dengan suamiku yang tak menang tangan membuat 2 kerja,maka kami telah sepakat untuk mengambil seorang pekerja yang dapat membantu kami menyelesaikan tugas2 di pejabat yang terletak di rumah kami. Setelah sebulan mencari,akhirnya Kartina datang untuk bekerja dengan kami. Kartina amat baik membantu kami dan aku begitu percayakan dia. Anak2ku,saudara maraku,saudara mara suamiku,semuanya mengenali Kartina.

Kartina rapat dengan suamiku kerana suamiku adalah majikan. Hubungan rapat mereka yang selama ini aku anggap tidak lebih dari sekadar hubungan pekerja dengan majikan rupanya salah. Suamiku sudah berubah. Tidk suka lagi duduk menghabiskan waktu cutinya bersama kami sekeluarga. Tiada lagi berkelah di tepi pantai,tiada lagi gelak tawa,suamiku hanya tahu out-station sahaja. Pada mulanya aku menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap suamiku dan Kartina,tetapi ternyata sia2. Ramai di antara kawan2 ku yang memberitahuku tentang hubungan sulit suamiku dan Kartina. Sebagai seorang isteri aku cuba menafikannya walaupun hakikatnya diriku sudah ada perasaan curiga. Aku memujuk diriku bersabar dan terus bersabar.>>>bersambung....

Wednesday, December 23, 2009

TOPIK PERKAHWINAN>>>>>>>

Masih lagi dalam topik kawim dan jodoh...Pengalaman nak wat kenduri ni macam2...bergantung pada individu..aku disebabkan dok jauh,banyak jgk la urusan kenduri yg aku monitor dari sini..pakcik aku yg tolong itu ini...aku just bg duit..bila aku balik,aku just g cari kedai kat melaka untuk siapkan hantaran...6bulan sebelum kawin dah siap...mak aku tak ckp apa pun sebab aku dgn mama bnyk selisih fhm masa 2...mama suh aku wat sendiri suma perkara..aku sahut cbrn 2...maknanya,urusan dewan n rencam,CIK PIE yg uruskan,baju kawin + andam + gmbr + pelamin + meja mkn beradab,g wt kt kedai kwn PAK DIN..aku punya kerja kawin,semua ekspress...bila mama tgk bnyk benda yg dh setel,mama cuma siapkan cenderahati tetamu dan uruskan bahagian jamuan...Alomg pulak sponsor bahagian kad jemputan..

Senang cerita,kita kena wujudkan AJK utk majlis kita ni,lg mudah..Cdgn aku:
1. G kursus kawin dulu
2. G ambik borang nikah kt pej agama
3. Isi borang dgn lengkap
4. Cari kedai andaman berpakej
5. Siapkan hantaran..sireh junjung,pakai yg palsu je..dh siap simpan elok2 dlm kotak supaya x berhabuk..
6. Anggarkan bil tetamu..senaraikan dulu nama2 dia,minta jgk senarai nama kwn2 family kita...kira semua ada berapa org..pastu di darabkan dgn 2(anggap depa dtg berpasangan )..cth: nama y disenaraikan ada 700 org,kali dgn 2,maknanya jadi 1400org tetamu..itu hanya anggaran...
7. Cari tukang masak/catering..kena tempah awal,kalo x depa g masak kat kenduri org lain..kita gak yg melepas..masa ni,kita bgtau bp org jemputan kita..biasanya caterer akan bagi lebih punya..
8. Booking dewan/khemah..sebenarnya buat kat dewan lagi senang sebab kita xmengganggu kawasan umah org lain,jln raya,umah kita pun xdela bersepah sgt..rumah kita dijadikan tmpt utk sedara mara kita tidur je..
9. Sediakan cenderahati/bunga telur..ni kita wat last2 sikit pun xpe..sambil2 tgk tv boleh wat..kalau dah terlalu last minit,kita suruh je anak2 buah kita yg kecik2 tolong..bagi lah upah sikit..
10. Akhir sekali,kita kena bayangkan,macam mana majlis kita berjalan nanti..semua dah lengkap ke? P.A system ok ke x? Pekerja2/penanggah 2,mcmana? upah jgn lupa...

2 la dia sedikit sebanyak proses nak kenduri..Time kenduri nanti,kena pastikan jugak keselamatan mak kita yg dpt duit sumbangan tetamu..kita dok tersengeh2 kat pelamin,tiba2 mak kita kena rompak pulak...hati2..duit2 yg dh dpt 2 nanti,akan dikira..duit 2la yg kita guna utk byr apa2 yg terkurang..jgn berangan nk ambik yer...

Masa aku kawin kat Melaka,mak mertua aku suruh tulis nama org yg bg duit dgn jumlah dia sekali..aku xbuat pun sebab masa mak mertua aku suruh,aku dah habis kira duit n dah buang envelop2 2...aku pun berfikirla..napa ek????

Kemungkinan yg aku dapat,bila tulis nama,kita boleh rujuk berapa seseorang 2 bagi..tp utk apa ek? Mungkin utk masa akan dtg kot...cth, A bg RM50,bulan dpn, A wt kenduri so kita bolehla bg RM50..agaknya la..xtau jgk..

Kat bawah ni,khas utk kawan2ku yg xdpt g masa hari kawin aku,aku sertakan dgn gambar2 majlis d Melaka (sebelah suami) dan Kuala Lumpur ( sebelah ayah aku..)

MAJLIS RESEPSI,MELAKA


Ni gambar masa nak masuk rumah..konon2 je 2..yela,aku dari dalam umah,kuar sampai simpang dalam 10m,pas2 masuk semula dalam umah yg sama..lucu..


Bersanding..aku xnak sebenarnya,tapi nak jaga hati keluarga mertua,terpaksalah...masa kt JB,dok kat pelamin utk ambik gmbr je..malu o..


Pas makan beradab,kami kena g TAMAN SERIBU BUNGA,MELAKA..aku kaki aym jer..sebab aku xreti palai heelssssss

MAJLIS RESEPSI,KUALA LUMPUR

Abah wat kat DEWAN YPC,CHERAS..banyak2 gambar,gambar kat KL ni je yg cantik(pada aku la..) sebab yg ambik ni,memang jurugambar..ayah aku kan jurugambar UTUSAN...yg kat Melaka,ok la,,,yg kat JB paling hampeh..ada ke dia suh kita ambik gmbr dgn kerusi kosong...ish2..


Merakamkan kenangan abadi bersama abah,Rektor ASWARA Datuk Omar Awang dan isteri


Antara artis2 yang merupakan kenalan rapat abah yang hadir..



TOK MAT antara yang hadir...aunty JULIE DAHLAN pun ada..

Majlis di Kl ni,abah orang yg paling sibuk..semua benda dia nak buat...kesian gak tgk dia..dah cakap kat abah,xpayah wat kenduri kat KL pin xpe sebab dah wat kat JB n Melaka..tapi abah tetap nak wat..mungkin aku yg kawin dulu..nak tumggu adik2 tiri aku?lambat lagi..depa masih belajar lagi..

Ok,ni gambar kami di Majlis Resepsi di Kuala Lumpur..ada lagi,tp xlarat nak tunggu upload..hehe...

JODOH>>>>

Jika ditakdirkan dia bukan jodoh kita,buatla macam mana pun,tetap tak akan jadi milik kita...tetapi jika dah tertulis dia diciptakan untuk kita,terlalu mudah urusannya...

Macam kisah aku la...nak dikongsi untuk sapa2 yg mungkin sekarang ni berada macam keadaan aku dulu2...

Setibanya aku sampai di Bumi Kenyalang ni,aku takde kawan yg aku kenal sama maktab dengan aku kecuali seorang lelaki yg bernama AF. Baru je kenal...dah berada di maktab,aku dah ada kawan2 aku...perempuan dan ada beberapa org lelaki...

Aku berkawan mcm biasa dgn AF,sampailah satu masa dia meluahkan rasa hati dia..kiranya sama2 suka,tapi dia xnak kecewakan aku,sebab mak dia suruh dia kawin dgn kawan yg sama2 belajar dgn dia...Aku?? Masih rasional,boleh terima...Cuma kdg2 aku terfikir,boleh caya ke citer dia ni? Tah2 dalam hati dia,dia dah lama suka kan kawan dia ni,sebab depa kenal dah lama...tapi biarkanlah...so,dia kahwin dengan kawan dia tu dan sekarang dah ada anak 2 org...
Bila diingat2 semula,lucu jgk,sebab masa dia kahwin,aku xbalik semenanjung pun..dok sini je..nak dijadikan cerita,aku hntr member aku ke apot,tiba2 terserempak dgn budak maktab..siap tanya aku lagi,"eh,bukan balik kawin ke?" Aku plak tnya dia,"Nak suruh saya kawin dgn sapa?" Rupa2nya dia ingatkan aku yg kawin dgn AF 2...

Hidup mesti diteruskan...Ramai lagi org lain kn?? So aku berkawan dgn bdk mktb gak,dia dok sebelah umah aku...tgkp cintan...yg aku dgr,dia dh ada awek,sepupu dia sendiri..utk kepastian,aku tny dia,n dia kata tu pilihan mak ayah dia...mak ayh pilihkan sebab nak ubati hati dia yg pernah dikecewakan..

Kisah aku berkawan dgn dia ni agak gempak la dalam hidup aku..hehe..apa tidaknya,dia akhirnya dijodohkan dengan pilihan org tua dia...macam kisah aku dgn AF,masa dia kawin,aku xbalik semenanjung..aku dok kat SARAWAK ni,menangis2...sebab apa? Sebab dia pernah tunjukkan kat mak dia gmbar aku dan dia ckap kt mak dia,dia nak kawin dgn aku..tapi apa boleh buat,xda jodoh..Nama dia D.

Lepas dari dia kawin,aku dgn dia masih berkawan..Yg menjadikan GEMPAK nya kisah aku ni,bila isteri dia diberitahu oleh suami dia sendiri tentang aku...Apa lg....Isteri dia terus g umah aku n nak jumpa dgn aku...jumpa jela...Bercakap dalam kereta..Dia tanya,aku jwb...Kalau dia marah2 aku,senyap jela...

Lepas dari peristiwa 2,aku masih lg berkawan dgn D..Mesti korang kata aku xserik kan? Huhu..pada aku la,kawan jela...xda jodoh bukan bermakna xboleh nak berkawan...Isteri dia? Ada gak hntr msg2 amaran..ada la dlm 2x..aku xpernah layan pun..sebab???

Sebab masa tu aku dah ada org lain yg aku syg..So,buat apa aku lyn msg 2..aku je yg kenal diri aku mcmana..Ha..org lain yg aku mksudkan ni suami aku...

Munculnya suami aku dalam hidup aku masa D dtg bawa isteri dia sama2 memetap kat Swk...

Kata Kak Maria,aku ni JATUH BERSAMBUT..time kita betul2 frust,da org lain dtg utk kita...org yg dpt melupakan kita segala masalah yg kita hadapi..

KISAH MANIS YANTI & ASRI

Asri seorang Pegawai Pemasaran,dtg ke sekolah ku untuk mengadakan satu taklimat. Sebenarnya dia dah dtg sebelum tu utk membuat taklimat,tapi masa 2 xsesuai,so dia dtg sekali lagi..Kali kedua dia dtg baru aku kenal dia..kali pertama,tak kenal sebab masa 2,aku dah balik rumah..

Pertama kali aku bertentang mata dgn Asri masa dia tgh punggah brg dari kereta..Aku pulak lalu dpn dia utk masuk Bilik Guru..Rupanya,masa dia tgk aku,dalam hati dia terdetik,"Eh,cantik jugak Cikgu kat sini,tapi aku dtg sini utk cari rezeki,bukan jodoh.."

Semasa taklimat,aku xtgk pun dia..telinga dgr,tp mata dan tgn aku sibuk menyemak kerja2 budak..x pay attention sgt a kiranya..Dalam hati?? Dia ni anak berapa agaknya ek?? Kadang2 tertengok gak dia..Dia? Dalam masa yg sama,dia tertengok gak aku,dan mata bertentang mata..Pergh..Gila punya drama ni..hehe

Habis taklimat,K.Rozina n K.Ina berminat dgn produk yg ditawarkan,depa ajak aku sekali,ok jela...so,Asri pun menemuramah kami...semua butiran diberi,tapi salah satu butiran aku yg aku tipu ialah nombor telefon aku...Selesai semua,dia pun balik n aku masuk kelas meneruskan pengajaran..

Tgh2 mengajar,PK1 panggil aku,ada panggilan telefon..Inagtkan sapa,ASRI rupanya..apa ajelah mamat ni nak...Rupa2nya dia punya Diari tertinggal atas meja aku..dia minta tolong aku simpankan n bagi kat dia ptg karang..aku ye kan jela..

Balik umah,aku dgn k.ina tergelak2 terkenangkan kisah lucu tu..Smpai je ptg,aku jmpa dia kt jeti..Rupa2nya dia tel hp aku,tp xdpt,sbb 2 dia tel sekolah..lps dr 2,aku bg no hp aku kt dia..Bila ditanya,knapa xkol k.ina suruh ambik diari? Asri kata,dia memang nak tel aku gak...

So,mcm org lain,kami ber SMS,ber CALL,ber DATING...tapi xlama pun sebab pas raya dia sakit..hanya berhubung melalui hp dan kdg2 masa balik semenanjung je jumpa..Aku banyak kecewakan Asri sebenarnya..dia tahu aku berhubung dan D,dia jeles gak,tapi dia masih bertahan..Aku je yg suka cari pasal dgn dia..

Masa 2,aku syg dia biasa2 je sebab aku masih bkwan dgn D..Lps pikir secara waras,aku terima Asri..aku yg nak kawin cepat,sebab aku dah mls nak pikir apa2 lg...

Memang diakui,bila kita kawin,semua msalah selesai..masalah yg ada pun pas kwin hnya msalah rumahtangga kita sendiri...

So,aku pun kawin la...

PERTUNANGAN



Gambar ni masa aku tgh tunggu pihak keluarga lelaki masuk..depa tgh bincang2 kat luar..


Depa tgh berbincang2..


Selesai sudah SARUNG CINCIN..bukan nangis,tapi panas..


Ni la dia gambar TUNANG aku..

Kami tunang kejap je..hari ni tunang,lusa kahwin...jimat Kos Pengangkutan,,,sekali datang jer...

AKAD NIKAH,JOHOR BAHRU


Pagi2 lg dah kena bangun..dahla tidur lewat gara2 pakai inai..tgn aku jd sakit,kecut2 jadinya..ni nak kena bersiap2 pulak..nak kena make up pulak..dah a xpernah mekap..biasa pakai bedak baby johnson jer..leceh!!!

Nikah kat masjid Taman Sri Pulai..abah jadi wali..abah dtg lwt sikit sebab dia sesat jln..abah dtg dgn family dia..


Gambar bersama Mama,Abah dan Along


Aku la ni..kelakar kan?

Pas akad nikah,kul 2 ptg majlis kat Dewan..Tema Purple..

MAJLIS RESEPSI,JOHOR BAHRU


Disambut oleh Cik Yah..sesi TOL sebenarnya ni..


Makan,jgn xmakan..secara jujur,aku memang lapor giler...


Masa potong kek,si Sharah pun dtg...TQVM dik..

Tuesday, December 22, 2009

JOM KITA FIKIR...


Melentur buluh biar dari rebungnya.

dah lama sebenarnya aku terfikir tentang SOLAT...bukan nak kata sesiapa,tapi sekadar untuk mengingatkan diri sendiri yang kadang2 leka dengan hal2 dunia..

Dulu2 masa kecik2 lagi,mama selalu ajar aku dengan along solat 5 waktu..waktu paling best wktu maghrib dan isyak,solat jemaah dengan arwah atok,tok yam ( nenek aku ),mama,along,aku...pas solat,ngaji..

tapi waktu lain,kadang2 aku ngelat gak,mama xde,aku sembunyi dok dalam bilik,pas 5minit,baru aku kuar,konon2 dah solat...(jahat tul aku..)bila depan mama,aku solat main2,tengah baca fatihah,aku garu kaki kanan dengan kaki kiri,apalagi,kena tegur dengan mama...mama boleh nampak sebab kain telekong aku jarang..

Pernah satu masa dulu,cikgu aku cerita,kalau kita diberi pilihan antara lari sekeliling padang dengan solat,kita akan sanggup lari daripada pilih untuk bersolat..kenapa ek? Aku tanya pada diri aku jugak,n jawapan aku pun tetap pilih lari..

Yang sebenarnya,kita tak betul2 merasai kemanisan solat..contoh la,kalau kita betul2 nak dpt nombor 1 dalam kelas,kita akan wat persediaan sehabis baik...macam tu jugak dengan solat,kalau kita betul2 faham apa yg kita akan dapat dari solat,tentu kita tak akan tinggalkan solat..

Syaitan terlalu banyak goda kita ke,atau kita sendiri yang malas? Kalau bulan ramadhan,syaitan kena ikat,tapi kita masih lagi tak solat,apa puncanya? Puncanya,diri kita dah sebati dengan godaan syaitan,,,sebab tula...

So,xde sapa yg boleh ubah diri kita,kecuali kita sendiri..kita tak solat,kita yg berdosa,kita solat,kita gak yang untung...kalau nak suruh orang tolong solat untuk kita,kita kenala mati dulu...baru orang bokeh solatkan untuk kita...SOLAT JENAZAH!

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL>>>

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI>>>>

Lama xtulis blog ni...xsibuk pun,cuma ada malas sikit...cuti sekolah kali ni,xde g mana2 pun...balik semenanjung pun tak..kadang2 boring gak dok umah,tapi okey la dari kena g sekolah...hehe bukan malas,tapi dok umah,aku boleh kemas umah ( hobi aku )...

Awal pagi bangun,aku akan kemas umah,uma xbersepah pun,tapi aku memang wajib sapu rumah,mop lantai..dari dulu lagi mama dah ajar hidup macam ni...pantang aku ialah bersepah,sakit mata..mujur suami aku bukan jenis yg suka campak2 barang sana sini...

selain kemas umah,kenala masak...wat sarapan n msk utk mkn malam...tghri xmakan sebab kami makin gemok..hehe..tapi tengok gak pada sarapan,kalau sarapan roti,kami mkn tghari gak...so,pg lg aku dh masak lauk...stgh jam,boleh siap 3 lauk...

pas makan,tgk tv,baca majalah,ngadap internet,main kucing...petang pas tgk citer CUCU BETONG aku g tasik...pe lg...jalan n jogging...memang nak kurus,tapi kalau xdapat xpe,y penting sihat...

malam? malam tgk tv,main kucing n tidur...

tu jela aktiviti aku cuti sekolah...sepanjang cuti sekolah ni jugak,aku jadi bidan jaga kucing aku pas beranak...

RIMAU n OREN baru beranak...rimau beranak hari rabu n oren beranak hari ahad...hepy sgt sebab depa dapat anak...


Ini TAM..mak pada TIGER n RIMAU..


Ini lah dia pengarang jantung suami aku..RIMAU


Satu2nya si jantan..TIGER


OREN..kucing yg aku jumpa masa beli pasu..masa 2,dia hanya mengensot dan mengiau2 kat kaki aku dan suami aku sepanjang kami kat kedai pasu..Kami bawa balik n sempat g klinik untuk cek dia..Rupa2nya selepas di x-ray,pinggul dia patah..kena operate,tp kami xwat pun,just jaga dia..Alhamdulillah,dia manja dengan kami n dia dah boleh berjalan,berlari n terkinja2 lebih pada kucing normal..

Saturday, September 19, 2009

bergaduh nak balik kampung


Ini gambar masa dah balik JB...tgh sembang dgn mama penuh perasaan..hehe

dulu2 selalu aku dgr,tgk tv,pasal suami isteri bergaduh sebab masing2 nak balik kampung masing2...aku pelik,kenapa boleh jadi macam tu...lepas aku kahwin,aku dah tau sebabnya...

pada pendapat aku,bagi orang yang mula2 kawin,masalah macam ni timbul sebab masing2 segan nak balik kampung mertua..yela,hubungan belum nak mesra sangat,,,kita pulak tak tau macam mana gayanya bila beraya kat tempat org..

bagi aku,dalam kepala otak aku ni,macam2 dah aku bayangkan..best ke beraya tempat org?yela,walaupun raya tempat aku pun,xde la best sangat..tapi sekurang2nya kita selesa...tempat org,kita tak tahu lagi...

tahun ni,tahun pertama aku beraya dgn suami aku..huhu,,,cuti aku lama gak,,plan pertama,raya pertama dari kl,balik melaka,,,tido sana,,,esoknya,suami aku kata gi negeri 9 dengan semua family dia..raya ke 3 balik jb..raya ke 5 balik kl...okeylah,kami setuju..

Plan tu bertukar sebab mak aku ajak aku 1 family g cameron highland raya ke5..mak aku dapat boucer penginapan free..so,aku pun cadangkan kat suami aku,raya pertama balik melaka,tghr/ptg raya ke2 balik jb..mksudnya raya ke3 baru berya kat jb..raya ke4 kena balik kl,tapi singgah jela melaka...raya ke5 g cameron,raya ke6 balik kl..raya ke7 bolehla g beraya kat n9...

kalau ikiutkan plan aku ni,xpenat sgt,xterkejar2,n bukan xpegi negeri 9 langsung..tapi suami aku tetap pertahankan tradisi family dia nak balik ramai2 g negeri 9...katanya dah janji dgn mak sedara dia..mkcik dia wat lemang...

aku?naik angin jugakla..sebab laki aku ni xpikir langsung nak berehat,,tula yg aku xpaham..maka,startla nak masam muka sebe aku dgn plan aku,dia dgn plan dia...apa akhirnya? akhirnya dia bersetuju ikut cadangan aku...yela,kita bukan xpegi langsung negeri 9,tapi lewat sikit..1 lagi,dulu2 bolehla ikut tradisi dia,sebab dia bujang..sekarang kan dah kawin..bnyk tmpt nk kena g..kalo nak ikut adik beradik dia,kawin dgn org melaka jgak,bila2 boleh gi raya umh sedara mara yg lain..

moral of the story; kalau dah kawin,paling penting ialah tolak ansur...

Tuesday, September 8, 2009

Salam..

Hari ni hari ke2 UPSR..aku x ngajar pun budak drjh 6..suasana kat sekolah aku biasala,bilik guru sentiasa meriah..tmbhan pulak ramai yg xda kelas..maklumlah,time UPSR kelas bergilir-gilir..so cikgu cikgi yg ada masa free tu,sembanglah...

Mood aku xberapa baik..so aku punya telinga sakit bila dgr org bising,terutama yg jenis cakap kuat2...harini aku ngjar b.arab djh 4 dan 5..berpeluh2..kelas yg aku masuk xda elektrik..

habis kelas,xde kerja nak dibuat,,semua kerja aku dah siap,so aku hanya menconteng2 kertas, main game..bosan betul...Sebenarnya sekarang aku tgh fikir kan sesuatu..satu masalan yg xpernah aku alami sebelum ni...dah bersedia nanti aku citer...

mata ngantuk bila xde keje..nak masak,awal lagi...kena pikir dulu sebelum masak..e..penatnya otak aku ni...waktu2 mcm ni,yg paling bgus ialah TIDUR...k la,bye

Tak lama lagi Hari Raya

Pejam celik,pejam celik, dah setengah bulan berpuasa... Tahun ni aku berpuasa bersama suami aku..huhu..xda bezanya pun..tetap bersahur macam dulu2...kalau beza pun,cuma makanan yg masuk ke dalam tekakku ni jela...dulu,minum milo,mkn nasi dgn telur atau makan biskut..sekarang? kena makan nasi...tapi xpernah habis pun..kenyang..hehe

Zaman kecik2 dulu, time berpuasa, cukup senang...mama kejut,aku dengan along pun bangun,g cuci muka,kumur2 cikit,pastu makan...minuman wajib masa dulu ialah horlicks..supaya perut tu tahan sikit...nama pun seorang ibu,kasih sayang dia xpayah cerita la...sebelum mama kejut aku adik beradik,mama akan siapkan suma sekali...nasi pun dah sedia dalam pinggan...tinggal basuh tangan dan makan...

pas makan,basuhla pinggan masing2 n pinggan mama sekali..ada satu kenangan yang aku tak boleh lupakan masa bulan puasa...

masa tu aku dalam tingkatan 2,mama dengan abah dah lama bercerai,sejak aku tadika lagi..lama gak tak jumpa abah,so x berapa mesra la...masa bulan puasa,abah kena bertugas di kota tinggi,so dia datang umah aku,jumpa kami...aku ni xsuka dengan abah,sampaikan mama perasan..so mama tanya aku,setuju x kalau mama baik semula dengan abah? aku jawab tak...

disebabkan jawapan aku tu,rupa2nya aku dah kecewakan mama...aku ingat lagi,mama sampai nangis2..aku dah gabra..aku tak pernah minta maaf dgn mama selain hari raya..tapi waktu tu,aku minta maaf gak walaupun x raya lagi..syahdu betul masa tu..

pas minta maaf,mama suruh aku bersiap nak gi sekolah,mama suruh abah hantar...TIDAK!!!! aku sebenarnya tak nak,tapi dah terpaksa,pegi la..dalam hati,bengkek je...aku suruh berhenti depan sekolah je walaupun bole masuk sebenarnya...biasala,aku ni pelik sikit..

tu kisah dulu2 la...sekarang ni,antara aku dengan abah bolehla dikatakan "biasa2 je"...ok la tu kalau nak dibandingkan dengan perangai aku masa dulu...hehe

Tuesday, September 1, 2009

TIGA DARA PINGITAN

3 dara pingitan yg aku nak citer ni,bukan yg macam dalam majalah GILA-GILA tu..3 dara pingitan yg ini,3 org ank dara dr semenanjung yg telah tercampak ke bumi kenyalang ni..

Aku,kak ina n sharah...

Mula2 aku kenal kak ina masa kat MPTAR..masing2 sibuk cari kawan yg sama tmpt mngjr...aku knal pun,secara xsengaja..masa tu tgh sibuk isi2 borg..kita dtg sini,xda saudara mara,mulut kena ramah..so bertegur2 la...tup2,sama sekolah...

"awak sekolah mana?"....."saya dapat SK Tambirat.."......"o...dkt je,kena naik sampan.."Dalam hati aku,alamak,sampan la puloq!

"awak dpt sekolah mana?.... "SK Hj Kelali"...."dkt je,naik feri.."Ya Allah,untungnya,sekolah dia naik feri,sekolah aku naik sampan..aku rasa mcm nak bgtau je pnsyrah tu aku nak tkr sekolah sbb aku x nak naik sampan..

HAMPEH!!!! HAMPEH!!! HAMPEH!!!
Rupa2nya,arah yg sama je..sungai yg nak diseberangi ni pun sama je..bezanya,kami akan dapat naik feri bila air pasang..bila air surut,kami kena naik sampan...macam tu rupanya kat Sarawak ni..

Aku n kak ina sama sekolah..g n balik sekolah,kami naik van sewa..pg2 lagi,kami yg paling awal di hantar sebab sekolah kami arah yg berbeza d bandingkan dgn kwn2 serumah..kul 6.15 kami dah terpacak kat sekolah..dok la kat luar,pintu biklik guru xbuka lagi..aktiviti aku sementara menunggu,cari line hphone..gntung tmpt tgi,baru ada line..

Disebabkan pegi balik sekolah dgn kak ina,meja dalam bilik guru pun kami share,susah sama2 susah,sng sama2 sng,ABM sama2 buat...buatkan aku rapat dgn kak ina..

KAK INA


Untuk kak ina,kalau akak baca blog ni,TQVM n I LOVE YOU so much..kak ina ni jenis yg tak kisah..dia xsuka bab2 yg memerlukan dia detail/fikir..cthny bab2 pengurusan bil rumah..masa duduk sama2,aku la yg g byr tu,byr ni..kira,wt bjet..bila aku pindah,dia g sekolah dia cot cet cot cet,dia malas nak pikir urusan umah..
Kak Ina dikenali sebagai seorang yg penakut..teramat sgt..dok sorg2 siang2 hari pun takut..hehe..tu kadang2 bila balik kg,aku mcm xpercaya je dia boleh dok sorg..bila tanya,berani..tapi last2 dia akan cabut g tdo umah mber lain...
Sekarang,kak ina dah kawin...tapi macam ank dara sbb duduk berjauhan dgn suami..otedah..xpe,kalo jumpa tiap2 hari, takut jemu pulak.. harap rumahtangga kak ina berkekalan hingga akhir hayat..

SHARAH

Budak ni batch jqaf 07..dia kena ngajar sama sekolah dgn aku..aku ambik dia kat mktb bawa balik umh yg geng 05 ddk..kebetulan,aku dgn kak ina bertekad nak pindah umah,sharah dtg,kami terus ajak dia dok sekali..umh kami ada 3 bilik,cukup sorg sebilik..aku ambk mster room la..aku kan bos..hehe..1 lg,mster room kt belakang ( bhgn dapur)..depa pnya bilik kat depan..sharah ni,2x5 dgn kak ina,penakut..tgk gaya mcm org yg berani,yela dia ni aktif bersukan,bercamping..tapi rupa2ny.....???
Aku dgn sharah ni,kalau cakap adik beradik pun org caya..muka lbih kurang,gigi sama,pakai cermin mata pulak tu..bulan kelahiran kami pun sama.
Adik aku ni ada bakat..bakat meniru kelakuan org n nada org bercakap..dialah yg selalu buat kami gelak..tgk zizan,johan n cham Raja Lawak wat lawak,dia boleh buat balik..pg2 g sekolah masa dalam kete,xpayah buka radio la,dgr dia wat siaran ulangan Raja Lawak kami dah xtahan..

Aku rasa bahagia sangat masa aku,kak ina n sharah dok serumah..apa je yg kami buat,kami b3..kami cabut rumput sama2,main mercun sama2,jalan2 sama2..nak2 bila sharah baru beli kamera,pegi mana2 pun,tetap bergambar..Rindunya zaman tu..jalan kat tasik,g waterfront..

nanti aku nak scan balik gmbr2 aku,k.ina n sharah kat sini,wat kenangan..

Kini...
Aku dah kawin n dah pindah rumah,tapi tak jauh dgn umah kami dulu..
kak ina masih di umh lama bersama2 dgn kwn2 geng 05
sharah dah pindah sibu sebab dia nak lupakan cinta dia kat sini..

utk sharah,aku x akan lupa kenangan kita,n ko berpindah pun ada hikmah sebenarnya..yg pasti,ko kena fokus pada apa yg ko nak..insyaALLAH dapat..

Saturday, August 29, 2009

Salahkan diri sendiri sebelum salahkan orang lain

Setuju tak dengan statement tu? Hehe..aku kira apa kalo xda yg bersetuju pun..ni kan blog aku..hehe..

Just nak berkongsi apa yg aku dah lalui selama hari ni..actually aku xpernah terkena,tapi bila dah terkena,aku serik giler...

Secara ringkasnya,sebelum2 ni,aku berkawan dengan sapa2 pun, xpernah la gaduh teruk2...zaman budak2 dulu bolehla..setakat kita geram sikit2 biasala...pastu dah ok..sama mcm org lain gak...kita dah besar...

Jenis aku,kalo aku ada rasa marah kat org/ada krisis,biasanya aku akn cek balik..aku akan salahkan diri aku dulu..dah tau salah,aku minta maaf..kalau aku cari kesalahan aku,pastu xde gak,barulah aku akn fikirkan kesalahan org tu..

Tapi kadang2 yg aku pelik,org yg wat salah dgn kita tu,xpernah terfikir ke yg dia sebenarnya pembawa masalah? Yela,dia xrasa ke,atau dia xsedar ke,selama ni dia pegi mana2 pun,mesti ada masalah...org macam ni aku ketegorikan org xda akal...haha...

kalau korang nak tau,aku memang org yg xsuka mengalah,tapi bukan untuk semua perkara..kita rasional...bukan la nak bangkang suma2...tapi yg xbestnya ada org suka2 cakap aku xnak mengalah bila aku wat salah...ada ke patut?? padahal aku dah say sorry ats kesalahan aku...

Manusia kan..mudah lupa..hanya pandai bercakap...tapi tak pernah praktikkan apa yg dicakap..

" Eh,ko ni tak baiklah ngumpat org.."......tapi diri sendiri jaja keburukan org.

" Berdosala buat fitnah kat org,dosa fitnah tu kan lebih buruk dari membunuh"...tapi diri sendiri rancak nak mengada-adakan cerita.

Aku nak berkongsi sikit tentang mengumpat dan fitnah...
Kenapa Allah tak bagi kita mengumpat? Sedangkan mengumpat tu la benda paling best..betul tak? Mengumpat ni apa ek?
Mengumpat ni,bila org dok citer2 keburukan org lain kpd org lain..kalau citer kebaikan,bukan mengumpat,xda sapa yg marah kalo kita citer pun..

Kalo kita adalah org yg di umpat,apa perasaan kita? Kalo kita xtau,xpe la kot,tp bila kita tau,macam mana? Org dok jaja keburukan kita kat org lain,mengaibkan kita...tah2 kita naik angin lebih teruk lagi daripada org yg kita umpat,betul x?


kesan dia,bila mengumpat,org akn bagi bad impression pada kita..keyakinan diri kita pun down..hubungan kita dgn org pun dah mula longgar...bila keadaan makin menular,lama kelamaan masyarakat Islam kita akan musnah..NAUZUBILLIAHI MIN ZALIK

Fitnah macam mana pulak? Fitnah ialah cerita rekaan yg disebarkan..senang citer,kita xbuat tp org menuduh kita yg buat...kalau nak tuduh pun,tuduh la " eh2,ko tau..si Yanti tu la yg jd arkitek KLCC.." betul x? Hehe..

Ini tidak...yg kita xbuat,itulah yg ceritakan..wahai org yg memfitnah,sedarlah...
AL FITNATU ASHADDU MINAL QATL
maksudnya: Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh.

Faham? Kalo xfaham,aku akan terangkan...Kita fitnah org,akn buatkan org lain/masyarakat pandang serong pada kita..kita je ke yg terlibat?x...dia akan melarat sampai ahli keluarga kita,dan yg ada di sekeliling kita..lama kelamaan masyarakat kita bergaduh sesama sendiri n macam2 lagi..kalau membunuh,antara kita dgn org yg kita bunuh..paling2 pun yg terlibat hanya keluarga..undang2 pun ada utk setel kes..

Bak kata org, Berani kerana benar,takut kerana salah...

Cara aku utk atasi 2 perkara ni,sng je...buat xtau..setakat ni,Alhamdulillah...sapa2 yg dgr citer psal aku,diorg sendiri yg dtg n bgtau cerita2 umpatan n fitnah kat aku..aku xtnya pun..aku psycho diorg je..at last,aku akn tau sapa yg umpt n fitnah aku..

Mesti korg akn kata,tah2 mber aku nak jd batu api x? no..no..no..sbb bukan sorg yg citer,tp kwn2 aku yg dok umh lain2,tu yg bgtau aku...(TQVM to all my friends)

Bila kita dah sebati dgn 2 sifat mazmumah tu tadi, org di sekeliling kita akan tau jugak perangai kita macam mana..bukan sebab kita bercerita,tapi diri dia sendiri yg buka keburukan dia...

ALLAH Maha Besar kan!

Cara paling berkesan utk hadapi org macam ni (kita dah pujuk diri kita macam mana sekalipun,tapi kemarahan masih xreda) ikut maca MAMA aku cakap:
"Senang je dik...awak anggap la dia sakit.." Aku dah wat,n Alhamdulillah memang berkesan...


Selepas ini,aku akan.....SENTIASA BERHATI-HATI DENGAN PERLAKUAN AKU N SEMUA KENALAN BARU AKU...

Kelegaan aku apabila org keliling aku masih percaya pada aku,dan kebenaran akan terbit walaupun kita tidak ceritakan...keburukan juga akan terserlah tanpa kita bicarakan...

Nak share sesuatu yg aku dapat dari library sekolah aku..
Dosa kepada Allah,pintu taubat dan kemaafan sentiasa terbuka luas..
Dosa sesama insan,perlu minta maaf dgn org yg kita buat salah..
Bagi kesalahan mengumpat dan fitnah,hendaklah meminta maaf dangan mengaku dan menceritakan segala umpatan dan fitnah itu kepada org yg di umpat...
Jika dimaafkan ALHAMDULILLAH..jika tidak,maka bertaubatlah...
Mohon la kemaafan selagi hayat di kandung badan..

Wallahu a'lam


Just nak share sesuatu yg aku baca:-
Kalau kesalahan mengumpat/memfitnah ( sesama manusia),org yg mengumpat 2 kena minta maaf kat org yg diumpatnya tu..caranya,berjumpa atau memberitahu org yg di umpat tu apa yg dia umpat/mengaku dengan menceritakan segala kesalahan yg pernah dia lakukan..
kalau kita berdosa dengan ALLAH pintu kemaafan sentiasa terbuka..kalau berdosa dengan manusia,belum tentu dia akan maafkan...NAUZUBILLAHI MIN ZALIK

HAYAATI @ kehidupanku...

ASSALAMUALAIKUM.....

Sebenarnya sekarang ni tengah belajar wat blog...kalau blog ni jadi, maknanya aku akan terus kekal dalam blog ni n dalam masa yg sama aku akan bina blog untuk perniagaan aku nanti...

Takde apa yang nak dibuat pagi ni, tu sebab aku ngadap laptop, belajar sesuatu yang baru...hehe..Pagi tadi bangun kul 4.15 pagi,bersahur...pas bersahur terus je mandi n solat Subuh...macam biasa,kemas rumah...sambil2 tengok citer Nur Kasih kat TV3..

Sebelum bina blog ni,actually aku try wat
TAU FU FA...hehe...td g jenguk dapur jap,mcm x jd..biar la dulu...td ni,g tgk lagi,mcm hmpir2 jd la pulak...harap2 jadi...bukan apa,kalo jadi nak wat bniaga masa Ramadhan ni...

Minggu lepas aku wat
Yong Tau Fu untuk jual,tapi xbnyk,wat 6 bekas je..hampeh...laku 2 je..last2 g sedekah kat masjid...kata org yg aku tumpang letak yong tau fu aku tu,bekas besar sangat...maybe la kot..2 hari je aku jual,pastu xda mood..lagipun kos dia mahal gak...mcm xbebaloi je..

So,2 3 hari rht,suami aku kata,nak wat Tau Fu Fa,kos murah...hmmm...dia kata dia nak buat,last2 aku gak yg kena wat,kena cari resepi...suami aku tukang g beli barang je...(apa2 pun,aku tetap sayang suami aku...)