Tuesday, June 29, 2010

HARYANTI & ASRI

Kalau dah nama suami isteri,tentu sekali ingin menghabiskan mas bersama-sama. So untuk cuti sekolah kali ini,kami pergi la jalan-jalan di Sarawak....














BEBANAN KERJA



Terdetik untuk menulis tentang tajuk bebanan kerja kerana aku sendiri telah dibebani kerja..tapi sebenarnya aku lebih memandang kepada rasa tanggungjawab.

Sebagai seorang guru,memang banyak kerja yang perlu dilakukan..yang penting kita sendiri kena bijak mengurus masa...bukan masa yang mengurus kita..Kalau di sekolah asyik sibuk menceceh hal orang,bercerita kisah kehidupan kita dengan orang,bila pula kerja-kerja kita nak siap...

Bukan melarang,tetapi ada masa dan ketika,kita kena memberi tumpuan pada kerja-kerja dan tanggungjawab kita. Aku tidak hebat,tapi setakat hari ini aku dapat mengurus masa ku dengan baik. Mungkin salah satu sebabnya,aku tidak begitu suka untuk mencampuri hal orang lain dan menceceh-ceceh tidak tentu pasal.

Prinsip aku,banyak cakap,banyak dosa...(aku buat juga kadang,tapi ada batasannya...)

Tanggungjawab perlu dilaksanakan. Tapi bagaimana pula dengan kes 'Sit in'? Sit in adalah jadual giliran untuk masuk ke kelas yang tiada guru;gurunya bercuti atau cuti sakit atau kerja luar. Sesekali mungkin tidak menjadi masalah,tapi bagaimana kalau kena 'sit in' selama sebulan,sebulan lebih?



Apa yang aku nak nyatakan di sini sebenarnya berkaitan dengan aku. Cikgu A bersalin dan ambil cuti bersalin. Masalahnya tidak ada guru yang menggantikannya hampir 2 minggu. Bila tanya bahagian pentadbiran,katanya Pej.Pelajaran Daerah tidak melayan permohonan yang mengemukakan salinan surat beranak(dalam kes aku ni,cikgu tu faks).

So,sebagai rakan sekerja,berita itu pun disampaikan ke cikgu A dan cikgu A kata,bahgian pentadbiran tidak memaklumkan apa-apa pun kepadanya. Hampir sebulan,barulah cikgu A mengepos surat asal. Seminggu selepas itu baru sampai..

Masalah belum selesai lagi....apa tidaknya,bila aku bertanya kepada pihak pentadbiran,ada lagi masalah lain..cikgi A perlu tandatangani surat...Owh...tidak...

Malas untuk menunggu,aku mengambil langkah menyusun semula jadual cikgu A agar aku dapat masuk mengajar. Kalau matapelajaran lain,aku tak kisah,tapi memandangkan kami mengajar matapelajaran yang sama,aku harus ambil jalan sebegini. Aku kasihankan murid-murid yang tidak belajar Bahasa Arab sepanjang cikgu A cuti bersalin.

Dalam hal begini,aku akan menyalahkan semua...salah pihak pentadbiran kerana tidak memberi maklum balas kepada cikgu A kerana tiada surat bersalin yang original..Cikgu A juga bersalah kerana tidak ambil perhatian tentang tanggungjawab sendiri. Bukannya melahirkan anak pertama,tapi anak kedua,tak kan perkara tahun lepas tidak dapat ingat..Lagipun sebelum bercuti,guru-guru lain telah memberi peringatan...

Akhirnya,aku la yang terpaksa mengganti sementara tugas cikgu A. Cikgu-cikgu sekolah aku pula berseloroh" Yanti,nanti kau minta kat dia bayaran untuk setiap 1 masa yang kau masuk.."

Sunday, June 27, 2010

Hubungan dengan...?

Terlalu ramai orang di sekeliling kita....Jika tidak berhubungan,bagaimana dengan kehidupan kia? adakah kita akan menjadi seperti ini??


Hubungan aku dengan orang lain biasa2 je...sepanjang aku sekolah sampai kerja,xde musuh..cuma kadang2 tu da orang yang 'provok' sehingga kita tidak selesa dengan perhubungan yang sedia terbina..

Kita dituduh dengan perkara2 yang kita tidak lakukan...Tentu ada tujuan mereka melakukan sedemikian...Adakah krana cemburu? Tapi apa yang dicemburukan? Adakah kerana aku ni hebat? Aku tidak hebat...Iri hati dengan aku? Tapi tentang apa? Argh....!!

Bagi aku,bila aku terkena,aku akn jadi serik.......

Gila la kalau tak serik...orang itu memutuskan tali persaudaraan kita dengan orang lain,orang lain bersangka buruk dengan kita,dia mencerita kan sesuatu seolah-olah dia tidak bersalah,membanding - bandingkan dirinya yang lebih tua atau muda dari kita;bunyi ayatnya seperti meminta simpati,tapi ada aku kisah???

Sebelum ini,hubungan dengan rakan sekerja berjalan lancar,tapi gara - gara dia,mula lah orang memandang serong dengan kita...Kita tidak hadir ke pejabat kerana tugasan luar pun menjadi masalah pada mereka. Sehinggakan ada yang melabelkan kita dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.

Apa yg kita perlu buat dengan orang sebegini?



Kalau diikutkan hati dan perasaan,ini lah yang aku akan buat kepada orang2 yang berperangai begini...Apa yang mereka nak sebenarnya??? Kepuasan??

Sampaikan ada juga yang telalu berani untuk santau menyantau...Astaghfirullahalazim...

SANTAU???


Inilah yang digambarkan masyarakat Melayu tentang santau...Ada orang menghantar sesuatuyang tidak baik dan kotor kepada kita supaya kita sakit. Bila sakit,kerja tidak sempurna,bos marah,rakan sekerja marah dan orang sekeliling tidak suka kepada kita. Itulah yang mereka inginkan...tapi,tenang kah hati mereka melihat keadaan itu??

Di antara cara2 mengelak terkena buatan orang ini,yang pernah aku dengar ialah memakai seluar dalam yang diterbalikkan(luar ke dalam,dalam ke luar). Aku tidak pasti,apa yang pasti,sebagai umat Islam terutamanya,perlu ada Pendinding Diri.

Saya kogsikan sedikit:
1. Sebelum tidur,berwudhuk,kemudian baca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 21x,kemudian al-Fatihah serta 3 QUL..sesudah ibaca,tiup d telapak tangan,kemudian sapukan seluruh tubuh badan.
2. Mengamalkan bacaan BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA'AS MIHI SYAIuN FIL ARDHI WALA FIS SAMAI' WA HUAL ALIYUL AZIM..
(Biasanya aku amalkan sebelum makan)

So,bagi mereka2 yang berada dalam golongan yang diceritakan tadi,berfikirlah sebelum membuat sesuatu..