Tuesday, June 29, 2010

BEBANAN KERJA



Terdetik untuk menulis tentang tajuk bebanan kerja kerana aku sendiri telah dibebani kerja..tapi sebenarnya aku lebih memandang kepada rasa tanggungjawab.

Sebagai seorang guru,memang banyak kerja yang perlu dilakukan..yang penting kita sendiri kena bijak mengurus masa...bukan masa yang mengurus kita..Kalau di sekolah asyik sibuk menceceh hal orang,bercerita kisah kehidupan kita dengan orang,bila pula kerja-kerja kita nak siap...

Bukan melarang,tetapi ada masa dan ketika,kita kena memberi tumpuan pada kerja-kerja dan tanggungjawab kita. Aku tidak hebat,tapi setakat hari ini aku dapat mengurus masa ku dengan baik. Mungkin salah satu sebabnya,aku tidak begitu suka untuk mencampuri hal orang lain dan menceceh-ceceh tidak tentu pasal.

Prinsip aku,banyak cakap,banyak dosa...(aku buat juga kadang,tapi ada batasannya...)

Tanggungjawab perlu dilaksanakan. Tapi bagaimana pula dengan kes 'Sit in'? Sit in adalah jadual giliran untuk masuk ke kelas yang tiada guru;gurunya bercuti atau cuti sakit atau kerja luar. Sesekali mungkin tidak menjadi masalah,tapi bagaimana kalau kena 'sit in' selama sebulan,sebulan lebih?



Apa yang aku nak nyatakan di sini sebenarnya berkaitan dengan aku. Cikgu A bersalin dan ambil cuti bersalin. Masalahnya tidak ada guru yang menggantikannya hampir 2 minggu. Bila tanya bahagian pentadbiran,katanya Pej.Pelajaran Daerah tidak melayan permohonan yang mengemukakan salinan surat beranak(dalam kes aku ni,cikgu tu faks).

So,sebagai rakan sekerja,berita itu pun disampaikan ke cikgu A dan cikgu A kata,bahgian pentadbiran tidak memaklumkan apa-apa pun kepadanya. Hampir sebulan,barulah cikgu A mengepos surat asal. Seminggu selepas itu baru sampai..

Masalah belum selesai lagi....apa tidaknya,bila aku bertanya kepada pihak pentadbiran,ada lagi masalah lain..cikgi A perlu tandatangani surat...Owh...tidak...

Malas untuk menunggu,aku mengambil langkah menyusun semula jadual cikgu A agar aku dapat masuk mengajar. Kalau matapelajaran lain,aku tak kisah,tapi memandangkan kami mengajar matapelajaran yang sama,aku harus ambil jalan sebegini. Aku kasihankan murid-murid yang tidak belajar Bahasa Arab sepanjang cikgu A cuti bersalin.

Dalam hal begini,aku akan menyalahkan semua...salah pihak pentadbiran kerana tidak memberi maklum balas kepada cikgu A kerana tiada surat bersalin yang original..Cikgu A juga bersalah kerana tidak ambil perhatian tentang tanggungjawab sendiri. Bukannya melahirkan anak pertama,tapi anak kedua,tak kan perkara tahun lepas tidak dapat ingat..Lagipun sebelum bercuti,guru-guru lain telah memberi peringatan...

Akhirnya,aku la yang terpaksa mengganti sementara tugas cikgu A. Cikgu-cikgu sekolah aku pula berseloroh" Yanti,nanti kau minta kat dia bayaran untuk setiap 1 masa yang kau masuk.."

No comments:

Post a Comment