Tuesday, February 1, 2011

Jangan Tegur

"Jangan Tegur" biasa digunakan ketika berada dalam keadaan yang menyeramkan dan mengerikan...Sebab dikhuatiri 'benda-benda' tu akan muncul di depan atau di belakang kita...

Selebih dan selainnya boleh ditegur mengikut keadaan secara berhikmah.

HIKMAH? Tidak dinafikan, ada di antara kita yang terlalu beremosi ketika menegur seseorang. Akibatnya, ada yang terasa hati, sedangkan dalam masa yang sama, kita perlu menjaga hubungan sesama manusia. Jangan terlalu angkuh sehingga mengatakan, " Biarlah, kalau tak boleh nak terima apa yang aku cakap, suka hati la...aku geram, yang penting,aku dah cakap. Aku ni tak suka simpan2,hipokrit!Tak nak maafkan aku sudah. Kubur masing2.."

Wooo..satu kenyataan yang amat bahaya...Kita dituntut menjaga persaudaraan sesama kita agar hidup kita sentiasa aman..Dalam kes sebegini, seharusnya kita mengawal cara percakapan kita dari segi intonasi, bahasa dan adab sopan. Ke mana perginya adab dan sopan kita sebagai orang Melayu? Ke mana pula dicampakkan rasa kasih sayang sesama manusia lebih2 lagi sesama Islam?

Semua orang ada rasa marah, benci, menyampah dan sebagainya lagi. Tapi sebagai manusia yang telah diberikan akal fikiran oleh ALLAH,kita perlu menggunakan akal kita untuk memikirkan kesan dan akibat dari tindakan kita. Orang2 seperti ini hanya menggunakan ID mereka semata mata dan membiarkan fungsi EGO dan SUPEREGO dalam diri mereka.



Jika kita hanya nampak keburukan orang lain, adakah kita dah lihat diri kita? Kalau kita tak suka seseorang, tidak perlu ditunjukkan rasa itu secara berdepan, tidak perlu menyatakannya di khalayak ramai. Mengapa? Adakah kita rasa kita dah cukup sempurna? Adakah kita layak untuk menegur orang? ALLAH itu Maha Besar. DIA bayar cash di dunia. Kalau kita asyik perlekeh orang, buka aib orang, ALLAH akan buka aib kita..Orang lain tak buka aib kita, tapi ALLAH akan gerakkan hati kita membuka aib kita sendiri. Nak ke?

Aku dah jumpa orang yang macam ni...tapi antara dia sedar dengan tidak sahaja. Huhu..

Tegur itu tidak salah tetapi perlu kena dengan caranya. Tidak perlu mentionkan nama sesiapa atau apa sahaja yang boleh membuatkan orang tahu, cukup sekadar menegur secara umum, orang akan faham. Tak kisah la sama ada orang itu ada atau tidak... Kalau ada, kita dah kecilkan hati orang, kalau tiada,kita dah mengumpat.

Semua orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Sebagai manusia, kita hanya perlu cuba memperbaiki diri kita. Buang rasa cemburu dan sakit hati pada orang lain...dan jangan anggap diri kita terlalu bagus... Apa yang orang lain buat, ada sebabnya tersendiri. Jika ia membawa kebaikan kepada masyarakat, sokonglah...jangan kerana cemburu, kita jadi orang yang hilang akal untuk memikirkan kesan dan akibat.

Yang mana satu watak kita???



Aku menulis hanya untuk berkongsi pendapat sahaja. Jika ada yang terkena dan terasa hati, maaf dipinta.

No comments:

Post a Comment