Thursday, February 3, 2011

Kisah Ashabul Ukhdud

Kisah pemuda..bernama Abdullah,
Menjadi iktibar..sejarah terlakar,
Demi cintanya…kepada Allah,
Ashabul Ukhdud..sanggup dibakar. (Syair)

Abdullah merupakan seorang pemuda yang terpilih yang bakal menggantikan tukang sihir diraja yang bernama Syaitun. Setiap hari, Abdullah akan berjumpa dengan Syaitun untuk menuntut ilmu. Hari.. demi hari…, Abdullah merasakan bahawa ilmu yang dipelajari dari Syaitun ini dusta belaka. Syaitun hanya menakut-nakutkan manusia. Rupa-rupanya, kerja tukang sihir ni membuat rakyat terus taat menjadi hamba kepada raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan. (ajaran sesat/bomoh)
Manusia hari ini, demikian juga, sentiasa percaya sesuatu selain Allah. Contohnya menjadi pengikut ajaran sesat Ayah Pin. Ayah Pin kan manusia juga, tiada apa yang ajaib yang ada padanya. Saya menyeru semua yang ada di sini agar tidak terpengaruh dengan ajaran sesat, dan hanya beriman kepada Allah.



Ketika Abdullah dalam perjalanan ke istana untuk bertemu Syaitun, dia terjumpa dengan seorang abid bernama Talhah. Talhah bercerita mengenai Allah pencipta alam. Abdullah tidak jemu-jemu mendengar kata-kata Talhah yang menakjubkan itu. Kata-kata Talhah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.Begitulah kehidupan Abdullah setiap hari,berjumpa dengan Talhah sebelum pergi berjumpa si Syaitun. Abdullah sentiasa berusaha mencari ilmu yang benar. (menuntut ilmu)


Betullah kata nabi. Semua orang perlu ada ilmu agar kita menjadi orang yang berjaya. Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong usaha pendidikan. Baru-baru ini KSSR telah dilaksanakan dan diharap ia dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
Berbalik pada kisah Abdullah…Pada suatu hari,
Ada haiwan besar,menghalang manusia,
Minta Abdullah,selesaikan masalah,
Abdullah ambil batu,mohon pada Ilahi,
Abdullah lempar batu,haiwan besar pun lari. (Pelangi)

Semua yang ada di situ terkejut dengan apa yang mereka telah saksikan. Masing2 kagum dengan sihir Abdullah. Sebenarnya, Abdullah tidak mengamalkan sihir yang dipelajari dari Syaitun,tetapi beliau hanya berdoa kepada Allah kerana beliau percaya bahawa Allah sahaja yang berkuasa. Apa yang terjadi semuanya atas kehendak Allah. Semua orang di situ,kemudiannya beriman kepada Allah. (keyakinan)



Itulah kuasa keyakinan. Keyakinan begitu penting untuk umat Islam. Ambil saja contoh mengenai halal dan haram. Walaupun logo halal JAKIM tertera di mana-mana produk makanan, kebanyakan dari kita masih ada lagi rasa was2. Oleh itu, JAKIM kini menyediakan kemudahan semakan status melalui khidmat mySMS 15888.

Abdullah sembuhkan si buta,
Abdullah sembuhkan si kusta,
Berita sampai kepada Raja,
Tergugat segala kuasa yang ada. (Lompat katak lompat)

Raja jadi murka. Maka Abdullah dipanggil.
Abdullah oh Abdullah, siapa sembuhkan buta?
Jawapan Abdullah: Allah.3x,
Abdullah oh Abdullah,siapa gerangan Allah?
Maka jawapannya : Tuhanku tuhanmu jua…(Bangau oh Bangau)
Lalu Abdullah dihukum. Beliau dihumban ke gaung, dicampak ke tengah lautan,semuanya dilakukan semata-mata untuk memusnahkan Abdullah. Tetapi Allah itu kan maha besar, Allah telah menyelamatkan Abdullah. Raja amat terkejut melihat Abdullah yang masih hidup, Lalu Abdullah meminta Raja yang zalim itu membunuhnya di khalayak ramai, dengan syarat…., Raja perlu menyebut nama Allah. Raja akur dengan kehendak si bdullah itu tadi. Setelah dipanah, Abdullah ditakdirkan mati dan Raja sangat gembira kerana sangkaannya, semua rakyat akan tunduk kepadanya.
Kerana sikap angkuhnya itu, Raja terlupa bahawa dia sebagai Raja sepatutunya tidak menzalimi rakyatnya. Akibatnya, seluruh rakyat terus beriman kepada Allah. (kezaliman)
Disebabkan Raja terlalu marah, maka diperintahkan orang bawahannya untuk menggali lubang dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang tidak mahu taat kepada Raja,akan dibakar hidup-hidup. Sedikit pun,rakyat tidak gentar kerana yakinnya mereka kepada Allah,mereka sanggup dibakar. Mereka inilah yang digelar Ashabul Ukhdud.



Kezaliman sememangnya sudah lama bertapak di dunia ini. Lihat sahajalah tindakan Israel yang menghalang kapal Marmara dari menyalurkan bantuan ke Palestin. Kezaliman Israel dikecam, dunia kini membuka mata….Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa kerana umat Islam semakin bertambah di luar sana. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment