Monday, April 11, 2011

Bangkang Ajelah...

Sebelum ni, ada entry aku mengenai Kegagalan Memimpin..kali ni nak sambung mengenai organisasi..

Kesian jugak bila tengok ketua panitia yang baru dilantik...RELA TERPAKSA...dia tak pernah memerintah, tapi biasa diperintah...Oleh sebab itu, tiada ketegasan dalam membuat keputusan dan orang mula membuli dia..Huhu...Sian betul...

Dalam panitia, ada seorang hamba Allah yang aku namakan J..J ni selalu je membangkang...tapi ada betulmya juga,,,,cuma cara dia mungkin tak berapa selesa bagi aku..sebab cara dia bercakap, macam dia la yang paling bagus...Huhu...Kadang2 kerja tu atas arahan GB, tapi dia kata tak perlu buat..so, menyusahkan ketua panitia...sebab ketua panitia yang akan melapor segala-galanya...

Mungkin sebab dia tak bersetuju, jadi dia menyerahkan kerja dia kepada orang lain...alasannya, dia kena buat laporan untuk 4 kelas...BANYAK....Dia tak pikir pulak orang lain pun banyak kerja....Orang yang dia suruh buat tu, kena buat laporan kelas yang dia ajar iaitu untuk 6 kelas...LAGI BANYAK DARI DIA...huhu...

Aku pun tak faham jugak la kadang2 dengan perangai manusia ni....Bangkang itu bagus untuk perubahan, tapi agak2 la....Apa yg GB suruh buat pun, untuk kebaikan panitia dan sekolah...So, buat jela....Benda yang tak seberapa pulak yang dipentingkan...huhu...

Aku tak berapa suka dengan situasi tu, jadi aku nasihatkan Ketua Panitia supaya tegas dan senaraikan apa yang perlu dibincangkan....Ketua Panitia pulak, buat meeting mcm bukan meeting....kadang2 x habis cakap lagi, tau2 dah bersurai jer...Pening2...

No comments:

Post a Comment