Friday, May 20, 2011

LU LANGSI,LU BUAT SENDIRI

"Mana yang lelaki ni? Pukul berapa dah ni? Ishhh....!!! Yang lain tu, angkat kanopi ni..!!!" Masih terngiang-ngiang lagi suaranya di gegendang telinga ku yang tidak ku tahu saiz sebenarnya....Mujur tidak pecah dek terkejut mendengar lontaran vokalnya yang begitu dinamik dan sangat sumbang disertakan dengan nada suara yang keras...Haha...

Ketika itu, waktu hujan,hanya aku,k.muni,sharifah,k.janah,k.pdah dan k.monica berada di situ..Masing2 berteduh di kanopi lain kerana kanopi sendiri tidak tahu nak letak di mana,lagipun orang yang ditugaskan menjadi ketua bahagian menghias kanopi belum sampai...Mungkin disebabkan hujan...Ramai lagi yang belum sampai,mungkin kerana masing-masing berfikir sesuatu yang sama;HARI HUJAN,MACAMANA NAK HIAS KANOPI...(walaupun hakikatnya sudah ditetapkan pukul 2petang.)

Tidak mengapalah,kerana MELAYU sememangnya begitu...jarang sekali mampu menepati masa dan janji...Alangkah indah jika mereka seorang Muslim yang hebat dan berdisiplin....Tahu apa itu masa, dan menghargainya sebaik yang mungkin..

Bukan menyalahkan mereka 100%,tetapi mereka tetap bersalah...Sedikit sebanyak, mereka membuang masa aku....haha...dan, kerana mereka jugalah, kami yang berada di situ dimarahi oleh seorang insan yang bergelar Guru Besar...

Tidak salah untuk menegur atau menyuruh, tetapi biarlah teguran itu secara berhikmah dan tidak menjatuhkan air muka kita sebagai GURU di hadapah Guru Besar dan guru-guru yang lain....Sudahlah dimarahi, diarah sedemikian rupa, makhluk Allah ini hanya tahu mengepit hand bag yang tidak ku tahu jenamanya,menunjuk itu ini bak tarian disko,disulami dengan bebelan-bebelan yang tidak ubah seperti seorang nenek nyanyuk yang tidak henti-henti bercakap.

Terus terang kukatakan, aku cukup tidak berkenan dengan cara beliau...Maaf cikgu....Berbalik kepada kawan-kawan ku yang datang lambat,apa boleh buat,masing-masing mungkin mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan...tetapi mereka tetap menjalankan kerja yang tip top...cuma......

Terdapat beberapa kelemahan dalam AJK HIASAN....ini kerana tiadanya perbincangan yang rapi sebelum memulakan kerja....tidak diberi penerangan...dan akhirnya, persiapan tidak begitu lancar....Ketua sahaja yang menghias, yang lain-lain hanya duduk-duduk seakan ada majlis Taaruf Universiti....termasuklah aku...Ini kerana yang terlibat terlalu ramai,tetapi yang bekerja hanya seorang...kami semua salah kerana hanya mengharapkan ketua,dan ketua juga salah kerana tidak membimbing bawahannya secara efektif...

Lebih elok jika dibahagi beberapa kumpulan untuk menyiapkan setiap sudut, agar masa persiapan dapat disingkatkan....Selain itu, tiada pantauan dari pihak atasan...

Lihat sahaja sekolah lain, kanopi mereka hanya dihias oleh 4-5 orang guru, datang lewat dari kami, tetapi menghidangkan sebuah kanopi yang dihias cantik dan kreatif...
Lu langsi,buat sendiri la...kahkahkah....Apa pun, Ketua kami sangat cekal orangnya walaupun ada sedikit kelemahan....Bos pula,dangan sikap stereotype yang suka mengarah...Ahli-ahli,masih memberikan kerjasama yang baik kepada Ketua...

Moralnya, WORK SMART!!!

No comments:

Post a Comment