Friday, October 29, 2010

Apa tanggungjawab kita?

Tanggungjawab? Sesuatu perkara yang diberi kepada kita untuk dilaksanakan.
Bertanggungjawabkah kita? Bagi mereka yang memahami erti tanggungjawab,mereka akan laksanakan sebaik mungkin.

Adakah sikap bertanggungjawab ini perlu dipupuk? Wajib dipupuk dari kecil.
Tanggungjawab ni perlu diajar dan dipupuk sejak kecil lagi kerana dikhuatiri bila besar nanti mereka menjadi manusia yang gagal memikul tanggungjawab pada diri sendiri, ibu bapa,keluarga,bangsa,negara dan agama.

Pendidikan awal di rumah sangat penting. Ibu bapa yang memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah anak. Apabila mereka meningkat dewasa,anak-anak ini akan mula belajar sedikit demi sedikit melalui pengalaman ketika berada di sekolah. Pengawas, ketua kelas,penolong ketua kelas dan murid biasa sekalipun,semuanya ada tanggungjawab masig-masing.

Sebagai seorang murid, apakah tanggungjawab mereka? Sudah tentu belajar bersungguh-sungguh. Memang diakui, ramai murid yang tidak berminat melaksanakan tugas mereka sebagai murid. Mereka tidak minat untuk belajar, mereka hanya bersunguh-sungguh ketika bermain sahaja. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Jawapan yang sama; ibu bapa perlu mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka, dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada pihak sekolah.


Gambar Hiasan

Masyarakat luar perlu berfikir secara logik, ibu bapa hanya perlu mengawasi dan mendidik anak-anak mereka yang mungkin seramai 5 orang,tetapi bagaimana pula dengan guru? Guru perlu mengawal dan mendidik murid seramai 45 orang untuk sebuah kelas dalam masa yang amat terhad. Tugas guru bukan untuk mengambil alih keseluruhan tugas ibu bapa, tetapi hanya membantu ibu bapa mendidik anak-anak dengan cara yang lebih bersistematik.

Sebagai seorang guru, mereka mempunyai tanggungjawab yang amat besar iaitu MENDIDIK. Mendidik murid-murid, mendidik anak-anak, mendidik masyarakat dan sebagainya. Di sekolah bukan hanya mengajar dan mendidik sahaja, tetapi juga perlu menggalas tanggungjawab sebagai guru panatia, guru penasihat, guru data dan macam-macam lagi jawatan yang ada. Sampaikan sekarang ini, guru juga adalah kerani, jurutaip, dan kadang kala menjadi Guru Besar.

Menyebut tentang Guru Besar, mereka ini perlu memainkan peranan yang amat penting dalam mengendalikan sekolah. Mereka perlu mendidik diri mereka dengan sifat-sifat kepimpinan. Sifat kepimpinan tidak lahir semulajadi,tetapi kita harus memupuk dan belajar agar dapat di adaptasi dalam diri kita. Kecemerlangan sekolah di tangan Guru Besar.

Guru-guru akan mengikut segala perintah Guru Besar, suka atau tidak. Tetapi jika Guru Besar terlalu rilek, terlalu sporting, membawa padah juga akhirnya. Mungkin Guru Besar tidak mahu terlalu tegas,takut orang bawahannya tidak suka, tetapi Guru Besar perlu menjadi seorang yang tegas dan sentiasa memantau segala kerja yang diberi kepada orang bawahannya agar sentiasa melakukan yang terbaik. Terdapat Guru Besar yang hangat-hangat tahi ayam, mula-mula bersemangat, tapi tidak lama,akhirnya guru-guru dan murid-murid tidak bermotivasi.

Yang penting adalah percaya pada diri sendiri, bermotivasi dan jangan mementingkan diri sendiri agar tanggungjawab yang diberi dapat digalas sebaik dan sejujur mungkin.

No comments:

Post a Comment