Thursday, October 21, 2010

KELUARGA BESAR KU...

Segala kenangan pahit yang berlaku tidak pahit untuk selama-lamanya...Ini yang perlu aku akui..hehe..

Dulu,adik beradik ku hanya 2 orang sahaja..along dan aku...Tiada adik beradik lain sebab mama dan abah dah bercerai...Hubungan aku dengan abah amat renggang sampaikan aku pernah rasa benci dengan abah..Bila abah datang nak jumpa,aku sanggup sembunyi,buat perangai..Mana tidaknya, jarang-jarang berjumpa,langsung tiada perasaan sayang..( Buat abah,kalau terbaca,adik minta maaf la ye..)Dengan abah renggang, apa lagi dengan isteri dan anak-anak abah...Aku tiada perasaan langsung...



Inilah satu-satunya abang yang paling aku sayang..Walaupun tidak menunjukkan kasih sayangnya,tapi aku tahu dia sayang aku...-ALONG-

Kini,semuanya berubah..aku mempunyai keluarga yang besar..ada seorang ayah,ada 2 orang mama dan mempunyai 7 adik beradik...WOW!!! Semuanya bermula sejak aku merancang untuk berkahwin..Agak-agaknya,kalau tak kawin,belum tentu hubungan aku dengan keluarga abah semesra sekarang..Apa-apapun, aku perlu berterima kasih kepada Asri Amran;suamiku kerana adanya dia,hubungan kami bertambah erat...Suamiku hanya sebagai sebab,tapi aku besyukur ke hadrat ALLAH..



Harun Osman- ayah aku.../abah

Sekarang baru aku kenal siapa dia Harun Osman,walaupun hanya 20% sahaja..rupa-rupanya ayahku seorang yang kelakar,suka buat lawak kering..Kadang-kadang terdetik juga dalam hati,alangkah beruntungnya adik beradikku yang lain..Haha..takpe,aku sikit pun tak berkecil hati..

Adik beradikku yang lain pun ok,setakat ini boleh menerima aku dan along,mungkin kerana masing-masing sudah besar panjang dan boleh berfikir...Hubungan kami adik beradik bertambah baik dengan adanya FACEBOOK..Facebook ni sebenarnya kena guna dengan cara betul,baru la ada faedahnya...hehe...Tu je yang aku nak cerita untuk hari ni...

Aku sayang keluargaku...

2 comments:

  1. sedih pula baca n3 akak yg nie.. ntah lah xth nape touching lebih nie.. huhuhu... sgt bertuah kan masih belum terlambat akak tuk mgenali abah....

    ReplyDelete
  2. Baru perasan ada komen...hehe....jgn sedih2 yer....masing2 punya bahagian...bahagian akak yg ni..org lain,lain pula bahagiannya...syukur dan redha jer...

    ReplyDelete