Friday, December 25, 2009

EPISOD 1

Selepas dikurniakan anak ke 2,kehidupanku amat bahagia walaupun ketika itu hidupku dalam keadaan serba sederhana. Aku hanya seorang jurutaip manakala suamiku pula seorang kerani si syarikat swasta.

Setiap pagi,tugasku mengemas rumah gan menyiapkan keperluan anak2ku yang masih kecil. Pakaian,susu,bekal makanan dan sebagainya lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Aku dan suamiku hanya berjalan kaki ke rumah pengasuh memandangkan rumah kami tidaklah sejauh mana. Along didukung oleh aku dan Fifi disorong oleh suamiku menggunakan kereta sorong ciptaan suamiku sendiri.
Alhamdulillah,anak2 ku tidak nakal apabila ditinggalkan. Bukan berniat untuk memuji anak sendiri,tetapi itulah yang sering diperkatakan oleh pengasuh2 yang sudi menjaga mereka.

Hari demi hari,tahun demi tahun aku hidup dengan bahagia. Suatu hari ketika suamiku pulang dari kerja,dia memberitahuku sesuatu,"Nur,abang dinaikkan pangkat. Jadinya syarikat arah abang berpindah ke Pulau Pinang,Nur macamana?" "Kalau ia satu arahan,apa boleh buat,Nur akan cuba minta pindah ke Pejabat Negeri di sana.Ok jugak sebenarnya,dapatlah kita jimat kos balik kampung..dekat dengan kampung abang kan?Abang tu saje buat2 tanya Nur ok ke tak kan?Dalam hati,punyala suka kan?" seloroh aku. "Kan?Kan?Kan?" ejek suamiku. Pantang bagi dia bila aku bercakap,ada perkataan 'kan',terus la dia mengejek aku.

Rezeki aku,aku dapat berpindah ke cawangan Pulau Pinang. Kehendak ALLAH,tiada siapa yang boleh mengubah. Walaupun aku akan ditempatkan di tempat yang baru,dengan suasana yang baru,kawan2 yang baru,aku tetap gembira kerana apa yang penting bagi aku adalah berada di sisi suami yang amat ku cintai.

Hari berganti hari,aku semakin selesa dengan kehidupanku sekeluarga di sini. Apa tidaknya,kami sekeluarga menyewa sebuah banglo berhampiran pantai,sudah miliki kereta sendiri dan sudak memiliki perniagaan sendiri. Banglo kami dua tingkat,tingkat atas dijadikan ruang untuk keluarga manakala di tingkat bawah pula di jadikan pejabat. Kami sama2 menguruskan perniagaan menjual barangan kesihatan.

Perniagaan yang kami ushakan semakin maju,dek kerana aku terlalu sibuk dengan kerja2 pejabat,begitu juga dengan suamiku yang tak menang tangan membuat 2 kerja,maka kami telah sepakat untuk mengambil seorang pekerja yang dapat membantu kami menyelesaikan tugas2 di pejabat yang terletak di rumah kami. Setelah sebulan mencari,akhirnya Kartina datang untuk bekerja dengan kami. Kartina amat baik membantu kami dan aku begitu percayakan dia. Anak2ku,saudara maraku,saudara mara suamiku,semuanya mengenali Kartina.

Kartina rapat dengan suamiku kerana suamiku adalah majikan. Hubungan rapat mereka yang selama ini aku anggap tidak lebih dari sekadar hubungan pekerja dengan majikan rupanya salah. Suamiku sudah berubah. Tidk suka lagi duduk menghabiskan waktu cutinya bersama kami sekeluarga. Tiada lagi berkelah di tepi pantai,tiada lagi gelak tawa,suamiku hanya tahu out-station sahaja. Pada mulanya aku menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap suamiku dan Kartina,tetapi ternyata sia2. Ramai di antara kawan2 ku yang memberitahuku tentang hubungan sulit suamiku dan Kartina. Sebagai seorang isteri aku cuba menafikannya walaupun hakikatnya diriku sudah ada perasaan curiga. Aku memujuk diriku bersabar dan terus bersabar.>>>bersambung....

No comments:

Post a Comment