Sunday, December 5, 2010

Keletah anak2 ku...
















Dari Dapur Umi...

Hari ni masak kari ikan pari....sambal sotong n sayur goreng....Bagi yg mula2 belajar,boleh la cuba resepi aku yang x seberapa...hehe....kalau x sedap,bukan salah aku,tapi air tangan masing2...hahaha....



Bahan2:
Sotong (potong2 la,senang nk mkn,dakwat hitam buang)
Cili Boh (ikut suka hati,nak pedas,nak kuah banyak,letak la banyak)
Bawang merah/besar yg dah dikisar(jgn terlalu banyak nanti xsedap..sederhana jer...)
Bawang Putih yang dikisar (sikit jer)
Lengkuas 1/2 inci (kisar)
Buah keras 1 biji (kisar)* aku x guna sbb xder jual kat sini
Kicap Manis (ikut selera,kalau nak sambal tu warna gelap sikit,letak la..)
Garam & Gula (secukup rasa)
Air asam jawa
Bawang besar hiris besar2
Minyak

Cara2:
panaskan minyak + bawang merah kisar + bwg putih kisar + lengkuas kisar + buah keras kisar...sampai wangi
masukkan cili boh, masak sampai pecah minyak + kicap manis + air asam jawa + gula + garam + sotong.....
Dah siap!



Bahan2:
Bawang besar kisar
Bawang putih kisar
Ikan Bilis
Sayur
Garam

Cara2:
Panaskan minyak + ikan bilis sampai garing + bawang besar + bawang putih + sayur + Garam + Dah Siap!!!



Bahan2:
Kisar- Bawang merah/besar,bawang putih,lengkuas,jintan yg dah digoreng tanpa minyak&di blend,cili boh sikit
Minyak
Santan
Air asam jawa
Pes kari
Garam & Gula
Ikan pari
Cili merah di potong 2 tp jgn smpai putus

Cara2:
Panaskan minyak + tumis bahan yang dikisar sampai naik bau + kari sapai pecah minyak
Masukkan ikan....(kalau msuk kemudian,nanti kari jadi cair
Masukkan air asam jawa + santan + Gula + Garam...dan kacau....jgn sampai santan tu jadi berbuih2.... masukkan cili merah yang dipotong 2 tadi..+ DAh Siap!!!

Tuesday, November 23, 2010

Maafkan Adik Mama...

Ma,
Adik minta maaf banyak-banyak...
Dengan apa yang adik dah buat selama hari ni....
Memang adik dah berjaya,

Adik tahu,
Sejak dari adik tingkatan 4,
Adik tak pernah duduk dengan mama...
Mama selalu je sorang-sorang,
Tak ada yang teman mama...
Along kerja,
Terlalu sibuk uruskan students di kolej...
Adik sekarang pun sibuk bekerja di perantauan...
Adik tahu,
Mama perlukan seseorang di sisi untuk menemani mama...
Masa mama bosan,
Masa mama sakit...
Adik faham ma....
Adik cuba untuk jadi anak yang terbaik....
Tapi adik tahu adik gagal...
Adik pernah sakitkan hati mama satu ketika dulu...
Adik jahat ma...
Adik tak berguna ma...
Adik tahu mama banyak bersusah payah untuk adik dan along..
Mama sorang-sorang yang besarkan adik,besarkan along...
Mama banyak beri nasihat...
Walaupun kadangkala kami tak nak dengar dan ikut nasihat mama..
Mama masih setia menasihati kami..

Ma,
Apapun yang terjadi,
Adik tetap sayangkan mama sampai bla-bila...
Walaupun adik berjauhan dari mama,
Bukan bermakna adik lupakan mama..
Adik ingat mama..
Selalu juga adik nangis sebab rindukan mama...
Tapi apa daya adik..
Adik bekerja di sini...
Mereka di sini memerlukan khidmat adik...

Ma,
Dulu memang mama tak pernah buka mulut tentang ni..
Tapi sekarang,
Bila mama minta adik pindah,
Adik betul-betul berada dalam dilema...
Adik tak nak mama tahu kesusahan yang adik alami,
Sebab itu adik perlukan masa untuk memperbaiki diri di sini...
Adik tak nak mama melihat kesusahan adik..
Sebab adik tahu,
Mama akan kecewa bila anak yang selama ini dijaga,
Berada dalam kesusahan...

Adik yang pilih kehidupan adik,
Adik kena tanggung,
Apa yang mampu adik katakan lagi,
Adik terima Qada dan Qadar dari ALLAH,

Ma,
Suatu hari nanti,
Adik akan pulang juga ke sana,
Tinggal dekat dengan mama,

Apa yang adik perlukan buat masa ini
Hanyalah WAKTU..
Waktu untuk berubah..
Waktu untuk mencurahkan bakti di sini..
Ini juga satu jihad...
Setelah selesai segala urusan di sini,
Adik akan balik..
Bersabarlah wahai MAMA ku...

Maafkan Adik mama...

Friday, October 29, 2010

Apa tanggungjawab kita?

Tanggungjawab? Sesuatu perkara yang diberi kepada kita untuk dilaksanakan.
Bertanggungjawabkah kita? Bagi mereka yang memahami erti tanggungjawab,mereka akan laksanakan sebaik mungkin.

Adakah sikap bertanggungjawab ini perlu dipupuk? Wajib dipupuk dari kecil.
Tanggungjawab ni perlu diajar dan dipupuk sejak kecil lagi kerana dikhuatiri bila besar nanti mereka menjadi manusia yang gagal memikul tanggungjawab pada diri sendiri, ibu bapa,keluarga,bangsa,negara dan agama.

Pendidikan awal di rumah sangat penting. Ibu bapa yang memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah anak. Apabila mereka meningkat dewasa,anak-anak ini akan mula belajar sedikit demi sedikit melalui pengalaman ketika berada di sekolah. Pengawas, ketua kelas,penolong ketua kelas dan murid biasa sekalipun,semuanya ada tanggungjawab masig-masing.

Sebagai seorang murid, apakah tanggungjawab mereka? Sudah tentu belajar bersungguh-sungguh. Memang diakui, ramai murid yang tidak berminat melaksanakan tugas mereka sebagai murid. Mereka tidak minat untuk belajar, mereka hanya bersunguh-sungguh ketika bermain sahaja. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Jawapan yang sama; ibu bapa perlu mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka, dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada pihak sekolah.


Gambar Hiasan

Masyarakat luar perlu berfikir secara logik, ibu bapa hanya perlu mengawasi dan mendidik anak-anak mereka yang mungkin seramai 5 orang,tetapi bagaimana pula dengan guru? Guru perlu mengawal dan mendidik murid seramai 45 orang untuk sebuah kelas dalam masa yang amat terhad. Tugas guru bukan untuk mengambil alih keseluruhan tugas ibu bapa, tetapi hanya membantu ibu bapa mendidik anak-anak dengan cara yang lebih bersistematik.

Sebagai seorang guru, mereka mempunyai tanggungjawab yang amat besar iaitu MENDIDIK. Mendidik murid-murid, mendidik anak-anak, mendidik masyarakat dan sebagainya. Di sekolah bukan hanya mengajar dan mendidik sahaja, tetapi juga perlu menggalas tanggungjawab sebagai guru panatia, guru penasihat, guru data dan macam-macam lagi jawatan yang ada. Sampaikan sekarang ini, guru juga adalah kerani, jurutaip, dan kadang kala menjadi Guru Besar.

Menyebut tentang Guru Besar, mereka ini perlu memainkan peranan yang amat penting dalam mengendalikan sekolah. Mereka perlu mendidik diri mereka dengan sifat-sifat kepimpinan. Sifat kepimpinan tidak lahir semulajadi,tetapi kita harus memupuk dan belajar agar dapat di adaptasi dalam diri kita. Kecemerlangan sekolah di tangan Guru Besar.

Guru-guru akan mengikut segala perintah Guru Besar, suka atau tidak. Tetapi jika Guru Besar terlalu rilek, terlalu sporting, membawa padah juga akhirnya. Mungkin Guru Besar tidak mahu terlalu tegas,takut orang bawahannya tidak suka, tetapi Guru Besar perlu menjadi seorang yang tegas dan sentiasa memantau segala kerja yang diberi kepada orang bawahannya agar sentiasa melakukan yang terbaik. Terdapat Guru Besar yang hangat-hangat tahi ayam, mula-mula bersemangat, tapi tidak lama,akhirnya guru-guru dan murid-murid tidak bermotivasi.

Yang penting adalah percaya pada diri sendiri, bermotivasi dan jangan mementingkan diri sendiri agar tanggungjawab yang diberi dapat digalas sebaik dan sejujur mungkin.

Thursday, October 21, 2010

Cabutan Tiket Bertuah

Saja nak meluahkan pendapat aku tentang cabutan bertuah...

Dari segi hukum, ada yang kata Halal dan ada yang kata Haram..

Bagi aku, benda ni ada kesan buruk pada kanak-kanak..

Kat sekolah aku memang jadi satu perkara wajib ketika hari sukan..Memang la tak haram sebab hadiah disumbangkan pihak ketiga yang tidak ada kepentingan dengan cabutan bertuah,duit tiket hanya menampung kos pentadbiran...

Tapi,benda ni dah nampak macam judi/nombor ekor...SEBAB:
kita beli nombor,nombor naik,dapat hadiah..
KESAN:
Kanak-kanak pun join sekali beli nombor ni,aku cuma takut,kesan dia,mereka akan samakan dengan nombor ekor bila mereka besar nanti...
Mesti kanak-kanak ni rasa,masa aku kat sekolah,boleh beli,sekarang dah besar panjang,boleh la beli jugak...banyak orang jual kat tepi -tepi jalan..murah je...wooooo...



Gambar hiasan

Macam mana ni? Apa tanggungjawab kita? Bagi aku,sebaiknya penganjur tidak menggalakkan orang ramai membeli nombor..Lebih baik meletakkan nombor di bawah meja/kerusi yang diduduki...Tapi susah jugak nak cakap,sebab kita perlukan duit untuk kos pentadbiran..Lainlah kalau kaya raya...hahahaha

KELUARGA BESAR KU...

Segala kenangan pahit yang berlaku tidak pahit untuk selama-lamanya...Ini yang perlu aku akui..hehe..

Dulu,adik beradik ku hanya 2 orang sahaja..along dan aku...Tiada adik beradik lain sebab mama dan abah dah bercerai...Hubungan aku dengan abah amat renggang sampaikan aku pernah rasa benci dengan abah..Bila abah datang nak jumpa,aku sanggup sembunyi,buat perangai..Mana tidaknya, jarang-jarang berjumpa,langsung tiada perasaan sayang..( Buat abah,kalau terbaca,adik minta maaf la ye..)Dengan abah renggang, apa lagi dengan isteri dan anak-anak abah...Aku tiada perasaan langsung...



Inilah satu-satunya abang yang paling aku sayang..Walaupun tidak menunjukkan kasih sayangnya,tapi aku tahu dia sayang aku...-ALONG-

Kini,semuanya berubah..aku mempunyai keluarga yang besar..ada seorang ayah,ada 2 orang mama dan mempunyai 7 adik beradik...WOW!!! Semuanya bermula sejak aku merancang untuk berkahwin..Agak-agaknya,kalau tak kawin,belum tentu hubungan aku dengan keluarga abah semesra sekarang..Apa-apapun, aku perlu berterima kasih kepada Asri Amran;suamiku kerana adanya dia,hubungan kami bertambah erat...Suamiku hanya sebagai sebab,tapi aku besyukur ke hadrat ALLAH..



Harun Osman- ayah aku.../abah

Sekarang baru aku kenal siapa dia Harun Osman,walaupun hanya 20% sahaja..rupa-rupanya ayahku seorang yang kelakar,suka buat lawak kering..Kadang-kadang terdetik juga dalam hati,alangkah beruntungnya adik beradikku yang lain..Haha..takpe,aku sikit pun tak berkecil hati..

Adik beradikku yang lain pun ok,setakat ini boleh menerima aku dan along,mungkin kerana masing-masing sudah besar panjang dan boleh berfikir...Hubungan kami adik beradik bertambah baik dengan adanya FACEBOOK..Facebook ni sebenarnya kena guna dengan cara betul,baru la ada faedahnya...hehe...Tu je yang aku nak cerita untuk hari ni...

Aku sayang keluargaku...